Friday, 12 July 2013

3 Ramadhan

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Berjaya juga tidak menjejak kaki ke pasar ramadhan. Sebab serius tak larat nak kepung Muaz, Bang Teh dan Che Nah. Che Nah adalah pak turut yang setia haha. Maka marilah kita main masak-masak kat rumah. Masak ala kadar saja sebab yang tu yang akan habis dulu. Puasa tahun ni tak macam tahun sebelumnya. Tahun ni kami dah pindah rumah jadi En.Atan tak sempat nak balik rumah berbuka sama kami. Jadi iols berbuka puasa dengan anak-anak sajo. Tu pun macam dah buat kenduri lagaknya. Apa tak nya yang tak puasa pun join buka puasa sama..termasuk Che Nah yang memang dah ada kerusi untuk dia. Bila nampak kami berkumpul nak berbuka puasa ewahh awal lagi dia naik dok atas kerusi. Ermmmm.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin