Thursday, 18 July 2013

Alfatihah

Alfatihah untuk arwah bapa mertuaku. Dia pergi pada 4.30 pagi time sahur. Pergi dalam keadaan yang tenang. Dia dah tunjuk tanda2 cuma kami saja yang tak perasan. Dia memang tak sabar nak balik kerumahnya. Kami hantar dia balik 1/7...pada 14/7 dia pulang kepada yang maha ESA. Kami dapat mesej jam 5.42am...lepas tu terus bersiap nak balik. Time tu aku yang kena jadi mandor arah tu dan ini...sbb En.Atan sudah tenggelam punca. Akhirnya kami berjaya sampai pukul 12.15 tgh hari. Memang aku nak cepat sampai supaya En.Atan boleh urus jenazah "pak" nya. Alhamdulillah dia mandikan jenazah, kafan dan seterusnya. 
Ibu mertua ku rileks saja. Dia pesan jangan menangis sbb "pak" pi dalam keadaan yang tenang dan dalam bulan yang mulia. Insha Allah...segalanya di permudahkan untuk "Pak". 
Suasana sayu bila time anak cucu di beri peluang untuk mencium jenazah "pak". Semua pakat menitis air mata bila "mak" mencium jenazah "pak". Lepas tu cucu2 "pak" semua mengalir air mata. 
Pak akan sentiasa dalam ingatan kami....kami akan sentiasa mengirim doa untuk "Pak". Raya tahun ni akan berbeza dari raya sebelumnya. Apa pun puas hati juga sebab kami dapat jaga pak hampir 3 bulan....

2 comments:

Lyn Yusoff said...

Al-fatihah tuk arwah..
salam takziah tuk akak sekeluarga & semoga kalian tabah..

Madam Casper said...

terima kasih Lynn.

Blog Widget by LinkWithin