Friday, 16 August 2013

Kampung Bukit Meriam




Bulatan yang bertanda merah tu adalah bekas tapak rumah I. Kampung Bukit Meriam tempat i membesar sampai la umur 19 tahun. Kemudian I berhijrah ke Bangi. I kerja cikgu tadik uols. Lepas arwah tok meninggal pada 1997 rumah tu terbiar. Last I balik dah tinggal tapak saja. Rasa sayu dan sedih bertandang dalam hati. Ya la rumah kita tempat kita membesar..suka duka banyak sangat dalam rumah tu. I rasa macam nak jual jer rumah tu tak pun I balik buat rumah kat situ. Habis cerita. Tapi Kg Bukit Meriam tu dah makin sunyi lah i rasa. Ehhhh macam la i dok dalam bandar besar ala2 New York..the city never sleep tu. Tapi dah biasa dengan suasana hingaq bingaq kan. 
I balik raya baru2 ni baru tau..Wa Jah dah tak ada.Patut rumah terbiar sepi dan usang. I sayang sangat dengan Wa Jah tu. Dia baik sangat dengan I. I sentiasa ingat segala pertolongan dia pada I. Ramai warga emas yang I kenal dah tak ada. Mereka adalah sebahagian dari zaman remaja I. Alfatihah untuk arwah Pak Lang Man, Wa Jah, Chu Teh, Ngah Som dan pada arwah Tok i. I balik sebab nak ziarah Tok Njang sepupu arwah Tok..yang rumahnya sebelah rumah I. Ziarah sebelum terlambat.Ziarah selagi mereka masih ada. Tu pun i tak sempat nak terjah semua. Sebab kekangan masa. I rasa macam i nak balik sorang2 dan ziarah semua yang ada. I rasa bersalah kalau nak ajak En Atan pi sana pi sini hahaha. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin