Thursday, 15 August 2013

Syawal 1434H



I balik berhari raya dikampung En.Atan la jugak. Semenjak sah jadi laki bini memang kami balik ke kampong dia kalau ada peluang cuti hari raya. Tak payah nak lali tamplong dah pun. Ok cerita hari raya tahun ni..kami balik kampong sehari sebelum raya. Seperti biasa kalau balik kampong sah2 kena singgah di Tesco Stargate Aloq Setaq. I pun heran apa yang best dengan Tesco tu pun tak tau la. Tapi wajib kena singgah masa otw nak balik kampong dan masa otw nak balik Pulau. Ni kalau pihak Tesco Stargate tau mau dia lantik iols anak beranak jadi duta...hahahahah mimpi jangan tak mimpi.

Lompat cerita pagi raya terus lah. Cerita malam raya macam biasala...En.Atan kena masak gulai ayam untuk di satukan dengan ketupat esok paginya. Lepas dia masak gulai kami pi Pendang...beli alas meja baru untuk  Pn.Che Som (mil i ler tu) dan table runner untuk SIL i. SIL i tak pueh hati dengan table runner tu sbb tak cover semua coffee table dia. I kata la ni org pakai table runner baru up to date ahak2. Oitt jom cerita pasal pagi raya. Pagi raya kelam kabut  baq hang. Anak ramai bilik air satu jenuh nak kena kutip bagi mandi hahaha. Ok settle semua tu...dan i pun pi solat sunat hari raya dengan anak dari i. I tinggal Che Nah dengan MIL i sebab MIL i dalam edah lagi. Jadi tidak digalakkan untuk turut serta. Wallahualam....

Simple sesangat sambutan Raya tahun ni. Kuih raya kita beli kat Tesco saja. (Tesco tolong ambik iols jadik duta........miahahahaha). Beli kerepek tu jer. Memang tak plan nak masak bagai sebab lepas sembahyang raya dan ziarah kubur kita orang zass nak balik Bukit Meriam. Bab balik Bukit Meriam i tak boleh kompromi...wajib kena balik ok. Kalau tak balik sentap 2 jam. Sebab hari raya ke 2 kita orang dah nak chow balik ke pulau. En.Atan nya kerja kan. Meriah jugak la sambutan raya kali ni walaupun Pak dah tak ada kan. MIL tengok ok jer... tapi ada jugak la adegan yang malas nak layan. Biasalah mana-mana pun ada kan. Tapi memandangkan aidil fitri iols buat tak tau jer. Orang gitu usah dilayan. Cacat cela orang saja yang dia nampak...hishhh bosan I. 
Sebahagian sedara mara en.atan

Dengan anak buah...Ayu form 5

Eh..apa che nah dan muaz buat ?

Kubur Arwah Tok Wan


Kg Bukit Meriam..yang tinggal hanya tapak rumah.



No comments:

Blog Widget by LinkWithin