Tuesday, 3 September 2013

2 kupang jer

Walaupun 2 kupang tapi dia punya effect tu makan dalam ooo. Nah kena la dengan slogan janji ditepati..cisss. Melengung i tau bila rega petrol ni naik jadi 2.10 seliter. Hari-hari  kena berulang ke Kuah tu pi ambik dan hantar anak sekolah. Cisss. Minyak dah tetap kena isi. Bila dah harga minyak naik...ingat harga barang lain dok sengap jer ker? Saheh la akan ikut naik weiiii. Rakyat marhean jugak la yang jadi mangsa kan? Malas nak bersembang panjang bab ni lah. Buat lagi bertambah sakit hati dan geram saja. Dah la sekarang ni zaman duit-duit-duit-duit. Bergerak sikit duit. 




lepas ni pakat-pakat tanam sayoq sendiri lah. Mujoq kita orang dah pindah jadi ada la juga tanah kat tepi tu. Boleh start bercucuk tanam lah. Petang ni nak beli biji benih dan tanah . Kena mula dari sekarang kalau tidak tiap minggu dok pi Billion beli sayoq. Ikan plak hari-hari kita beli ikan temenung ja la. Kalau ikan temenung naik harga sebab ribut kita makan ikan bilis. 
Kerajaan yang memerintah tolong la prihatin, tak semua rakyat mampu tau. Rakyat dah bagi mandat kamu memerintah untuk 5 tahun jadi jagalah hati dan poket rakyat sama. BR1M tu dapat setahun sekali ja pun tapi minyak hari2 nak kena isi...perut pun sama nak kena isi hari-hari. Biasalah kan janji palesu..umpama rambut palesu dan bulu mata palesu kak ros.... mau tau la

2 comments:

Rohayu Jay said...

Wah....nampak segar semuanya...!!?

Rohayu Jay said...

Jemput bw ker blog saya yer....cerita2 biasa jer...baru belajar nak ber blog...

Blog Widget by LinkWithin