Friday, 6 September 2013

Che Nah punya cerita

Cerita dah seminggu berlalu. Ni baru nak story mori dalam blog. 30/8/2013 hari tu I pi ambik Che Nah kat rumah mak tom. Selalunya i akan buka pintu sebelah driver tu tak pun i akan off enjin dan tarik kunci. Tapi hari tu entah macam mana, enjin i tak off dan pintu kereta sebelah i pun i tak biarkan terbuka. Elok i masukkan dia dalam kereta...cepat pulak dia pi terkam handphone yang memang menjadi pojaan hati dia sungguh yang i letak kat tepi pintu. Dia celapak ambik handphone tu langsung tertekan kunci. Nah ambik panik seketika. Mujoq enjin still on dah air-cond still running. Almost 15 minit juga la dia dok dalam tu.Gigih pujuk dia tekan switch tingkap. Dia bukan tekan turun tapi dia tekan naik. Dia dok meloncat sengih sebab ingat kita dok main dengan dia. Adoii ini budak kecik bikin kita seram sejuk. Nak call abah pun tak boleh sebab handphone dalam kereta. Kami (dengan anak menantu mak tom) kopek pintu kereta pun tak boleh. Yang Mak Tom suruh kami rileks sebab nanti dia akan buka pintu. Ayoooo mana boleh rileks sebab yang dok dalam tu budak kecik comel lote yang baru berumur 1 tahun 6 bulan yer cik. Kalau sampai 20 minit tak boleh keluarkan Che Nah memang i tawakal pecahkan cermin tingkap ja. I try godek2 pintu sebelah kiri ...dia macam longgar skit. Lepas tu i tak tau macam mana anak Mak Tom buat sebab pintu sebelah kiri tu berjaya di buka. Lega ..Alhamdulillah.
Ini budak kecik memang akai banyak. Perasaan jangan tanya sebab macam-macam ada..saat tu yang penting mau Che Nah keluar dengan selamat saja.

1 comment:

Rose Azadir said...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

Blog Widget by LinkWithin