Monday 23 September 2013

Qasa-qasa

Qasa macam nak letak surat resign. Notis 24 jam. Tapi hati tak secekal kak Lily Haslina atau Yati Sawanila.Zaman la ni semua duwitttt saja. Tak ada duwitt apa pun tak boleh nak buat. Aku kalau masuk bab anak-anak mula nak cengeng meroyan. Aku mengaku kekhilafan aku la...dan berapa bulan aku abai kan anak-anak aku. Pindah rumah bulan 6..hampir 4 bulan ok. Ini pun bos En.Atan nak tolong rekemen rumah kawan dia di Kuah. Sebab rumah kami la ni jauh dari rumah . Memang aku pun risau bila En.Atan balik pukoi dua tiga pat pagi. Pindah lagi kami kalau jadi. Ishh letih bila fikirkan nak pindah randah ni. Tak pa la kita doa mana yang terbaiklah. Ok bab nak resign tu ..adoii minyak dah naik 2 kupang ni gula pulak naik. Mujoq kat qumah aku tu jarang sangat guna gula kecuali kalau beli botoi oren sunkist memang laju penggunaan gula. Minum ayaq kosong ja la sebab faktor kesihatan. Ehh aku belum kena diabetes la cuma bila umoq dah banyak..anak banyak hutang banyak maka kena jaga kesihatan . Ok berbalik bab anak-anak aku. Aku lepas kan dia orang buat sebebasnya. Perghh ..hasilnya prestasi pelajaran anak-anak aku menurun. Kakak tempat ke 2..bang chik no 4. Ya masih top 5 tapi kalau dibelek peratus markah anak-anak aku cukup kesian. Salah aku sebab melayan karenah penat balik kerja, kalut nak kemas rumah sebab mata tak tahan tengok rumah bersepah. Hampir  4 bulan jugaklah anak-anak aku tak belajar mengaji quran. Bab ni aku ralat betul. So aku start ajar anak-anak aku mengaji quran semalam. Apa lagi bergegar la suara ku dalam rumah. Tak terhambat masa dah aku ni. Dah bermacam cara aku praktis agar semuanya smooth. Ya aku decide hari berkerja aku takkan masak untuk dinner. Aku beli ja lauk semata dua. Masak nasi dah cukup. Sebab aku hambat masa. Masa yang diperuntukkan untuk masak tu aku rasa aku sempat ajaq anak aku mengaji dan ulang kaji. So hari memasak cuma pada hari sabtu dan ahad. Kadang-kadang tak termasak juga sebab Sabtu adalah hari melipat kain baju setimbun gunung daik  dan hari aku berehat. Ahad adalah hari sekolah anak-anak dan hari aku jadi driver. Jadi apa yang aku boleh skip aku akan skip. Cuma kain baju memang hari-hari aku kena basuh kalau dihimpun memang penuh bakul. Cuma aku dah buat perjanjian dengan En.Atan yang aku cuma basuh kain tapi dia wajib sidai kain. Sebab aku rasa aku dah buang masa waktu sidai kain tu. Ada paham ka apa yang aku nak sampaikan ni???.
Aku ada niat suci nak ambik helper. Tapi memandangkan aku bukan jenis orang cepat puas hati dengan hasil kerja orang lain jadi...payahla jugak. Macam kelmarin Kakak pandai-pandai sidai kain. Ok aku biarkan dan x check pun. Pagi ni aku bangun memang aku tak puas hati langsung dengan cara dia sidai kain.Aku nak dia buat macam mana aku buat. Macam mana aku sidai kain batik atau pelikat macam tu aku nak dia buat. Macam dah set dalam otak aku kat bahagian ni cuma untuk seluar, sana kain, sini cadar. Baju atau T.Shirt harus di hanger. Jadi kalau orang lain sidai suka-suka saja atau tak sama tempat memang aku angin. Boleh macam tu?Aku tahu kalau ada yang jadi helper aku sah cebik mulut belakang aku kan???????. 
Ya Allah permudahkan lah segala urusan ku...berilah aku petunjuk Mu....kerana aku benar-benar kusut sekarang.

ps: wahh tadi aku sempat bersalaman dengan Tun Siti cuma pic ja x sempat amik 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers