Friday 27 September 2013

Kursus

Sebelum tu..umum tahu yang Allahyarham Tan Sri Dato Seri' Azizan bin Abdul Razak telah kembali kepada penciptaNya. Aku lebih suka sebut Ustaz Azizan kalau berbicara pasai dia. Tengok sini Hilangnya sebutir permata betapa ramainya yang memberi penghormatan terakhir pada arwah Ustaz. Tun M pun ada, Mukhriz, dan YDP Agung turut sama menziarah. Alfatihah kepada arwah Ustaz.

Ok bercerita pasal kursus. Sekarang ni tengah ku survey beberapa kursus untuk dihadiri. Ini sebagai persediaan untuk pencen awal. Antaranya kursus frozen food dan taska. Ini planning dalam diam. Sebelun rasmi pencen kena tunjuk bukti dulu pada En.Atan. Kalau tidak ingat dia nak izinkan ker berhenti kerja dok rumah? Ini semua sebab faktor rakyat jelata yang ramai yang perlukan belanja yang agak besar. Dia amat bimbang sekiranya perbelanjaan kami sangkut di tengah jalan. Sapa nak tolong. Dia lupa agaknya masa 2010 dulu kami pernah lalui saat-saat ni. 
 Start bulan ni juga budget untuk berpoya-poya dengan anak-anak memang tak ada. Maka marilah kita berpoya-poya di taman permainan sahaja. Ini semua untuk cepat-cepat capai target. Tapi yang lecehnya semua kursus available dia KL. Kawasan berdekatan tak dak la pulak. Macam aloq setaq ka.. ini juga cabaran ni sebab nak tinggal rakyat ber6 tu pada abahnya agak susah. Che Nah tu dari lahir sampai la ni mana pernah tinggal dia lagi. Tak pa dugaan kan. Nak mengecap kejayaan memang kena harungi pelbagai dugaan. Itu namanya hidup. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers