Wednesday, 23 October 2013

Kawin sengap-sengap

Mai baru nak pekesah pasai Wawa Zainal dan Ariel Zafriel tu. Memang dah agak depa tu dah menikah masa si Ariel tu beria-ia dok nafi.  Cuma malas nak baca perabih. Orang dah nikah hah lantak depa la. Cuma depa nikah sengap-sengap tak war-warkan pada orang ramai. Itu yang menjadi masalahnya. Teringat pula si pelakon Eja tu pun. Dah menikah 10 tahun tak dak sapa yang sedaq pun. Last bila dah nak beranak baru nak pengakuan. Apa yang susah sangat nak mengaku yang "SAYA DAH BERKAHWIN". Takut hilang peminat? Ermmm. Yang si Wawa tu takut pada pihak pengurusan. Itulah masa nak sign kontrak tak baca sampai faham. Sebelum sign kontrak tu baca dulu sampai faham. Dapat kan pandangan dari pihak lain, lawyer ka contohnya. Ini sebab excited sangat nak jadi pelakon pakai tenyeh jerrrr,,,,,rugi dakwat mont blanc tau ...tu pun kalau pakai mont blanc.
Sebut pasai kawin sengap-sengap ni I pun buat macam tu juga. Tu dia kantoi. Tak lah I cuma tak bagi tau pada family angkat I jer. Sebab mula-mula bagi tau I nak kawin dengan En.Atan depa tak bagi. Depa kata I gatai meqela. Ambik hang. Lagi pun masa tu I baru 21 tahun dan gaji I lepas di tolak EPF & Socso tinggal 490 ja. Gaji I dan En.Atan lebih kurang sama jer. Masa decide nak menikah tu memang tak fikir semua tu. Tak fikir yang lepas ni nak kena bayar sewa rumah, kalau ada anak nak kena beli susu anak, pampers anak. Duit baby sitter. Dan yang lebih best lagi time tu kita orang tak ada pun sebarang kenderaan.  Tapi kita orang nekad juga nak menikah. So kita buat majlis kecil-kecilan kat rumah Kak angkat I ...dah bagi tau ayah I. Ayah I kena bagi tau sebab dia kan wali. Susah tau bila nak berahsia bagai ni. I memang takut nak jumpa family angkat I. Sampai I sarat mengandung kan si Luqman baru I jumpa adik angkat I. Pergh lega sangat waktu tu. Tak ada lah dia orang nak marah ke apa, sebab bukan kami buat jahat. Bak kata Syikah dalam filem anak mami, "Kami bukan buat benda tak elok kami nikah sengap-sengap ja". Hahaha. 
Rezeki kami lebih murah lepas lahirnya Luqman. Memang banyak sangat dugaan dan ujian yang kami lalui. Kalau sikit-sikit ujian tu dah tak heran dan sebab dah mangli. En.Atan sendiri kata, syukur sangat sebab kita dapat pegang gaji (sekian-sekian-sekian) bila anak kita ramai kan? Rezeki anak-anak. I tak pernah menyesal sebab anak I ramai tapi yang I geram bila I kena cakap banyak dengan depa...letih bercakap. :(

No comments:

Blog Widget by LinkWithin