Wednesday, 6 November 2013

Gossip

Terima "pm" dalam pesbuk.
"Che Ta pm no hp ada gossip"
Kelas..nak ajak bergossip. Tapi terkejut juga la sebab jarang berchat dengan sipolan ni tiba-tiba dia mesej ajak bergossip.  Wah....kita ni bukan nya 100% sempurna tetapi kita cuba untuk mengubah diri kita kearah yang lebih baik. Dia lupa yang dunia kita la ni kerja, rumah dan anak-anak. Tak dan kita nak dok melepak bercanda berborak. Tapi gossip dalam internet ni kita baca la juga kan...... Kalau jumpa kawan-kawan kemudian bercerita pasal si polan tu si polan ni kita dengar juga la dan menyampuk juga. Kalau tak pun kita sengih jer ler. 
Ok si polan ni cuma nak bercerita yang dia jumpa si Tom ni. Si Tom dah naik pangkat dan dia tanya kita status si Tom ni. Woooo dia ingat kita kerja dok jaga tepi tingkap orang ker. Dah bertahun kita lost contact dengan si Tom, jumpa pun buat-buat tak nampak apa ke hal kita nak pi risik tanya status si Tom. Dan kalau kita tau sekali pun apa status si Tom yang sebenarnya apa ke hal kita nak pi cerita kat si polan. Lantak si Tom lah..asalkan tak kacau hidup kita sudah. Kita dah serik dengan si polan. Si Polan cuma isteri kepada staff yang sama-sama berkerja dengan kita masa kita kerja hotel dulu. Tapi dia punya knowledge pasai staff kalah Human Resources hak hak hak. Dia macam chameleon depan kita lain belakang kita lain. Kita pernak kena..bila kita kata kita nak tanya orang tu dan-dan dia bagi nasihat "tak pa la tak payah tanyalah biar kat dia lah" hahaha bukan apa takut rahsia bocor la tu. Lepas tu kita bagi tau kawan kita yang kenal si polan ni juga dia pesan dekat kita suruh hati-hati. Memang kita berhati-hati, ada kawan yang boleh di bawa balik kerumah dan ada kawan yang setakat bertegur sapa di jalanan saja. Rasanya si polan termasuk dalam kawan yang setakat bertegur sapa di jalanan saja. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin