Thursday 2 January 2014

2014 -cerita baru

2014. Selamat tahun baru semua.Macam tahun sebelumnya sambut dekat ruang tamu rumah saja. Sebab ada orang tak siapkan homework yang cikgu kasi sebelum cuti sekolah. Esok nak sekolah hari ni baru gelabah. Ibu dok remind asyik dok jawab sat2...ha ambik.

Penghujung 2013 sempat juga lari ber"holiday" di Penang. Penang yang masih belum habis diteroka. Rupanya masuk celah lorong-lorong tu lagi best. Rasa macam tourist luar ja walhal kampung seberang jambatan Penang tu ja pun. Kami sempat meronda di Armenian Street, Love Lane. Tak pa ada masa, rezeki kita pi lagi.
Penang Street Art. Gedik sangat akak nak pi tengok. Mula-mula Pak Atan macam tak berminat. Bila dah sampai dia pula yang menonong kedepan. 


Tahun ni 5 orang anak-anak akak bersekolah. Belanja besar la jugak. Mujur Muadz kena RM105.00 saja untuk yuran dan buku. Muad'z sambung belajar kat tadika yang sama juga. RM1K untuk masuk sekolah. Itu pun apa yang boleh di guna balik , guna balik sajalah. Abang dia dah form 2 jadi dia dah boleh berfikir. Dia cuma minta belikan baju saja sebab seluar dia masih boleh diguna. 

Tak ada apa-apa azam. Cuma nak lebih mendekatkan diri dengan akhirat. Nak lebih positif dalam hidup. Nak hidup dalam keadaan tenang dan aman. Adoi dok berangan nak tanam pokok lepas tu santai petang-petang sambil minum neslo. Nikmatnya. Hehehe. Semoga anak-anak akak juga berjaya dunia dan akhirat. Tertarik sangat hati akan pasal luahan hati Mizz Nina pasal penghijrahannya. Simple tapi penuh makna. Baca sinilah .Mizz Nina

Lepas tu nak cut off apa-apa perbelanjaan yang tak sepatutnya. Boleh tak boleh kena cuba juga. Lepas tu nak lebihkan saving pada travelling hahaha. Apa nak buat bila dah semua naik ni baru rasa boleh nak pi travelling. Anak-anak dah besar sikit dah faham bahasa. Hehehe. 

Apa lagi nak story? Ok ada satu pengajaran yang I dapat masa balik kampung baru-baru ni. Sikap ibu bapa yang suka pilih kasih. Bohong la dalam ramai-ramai anak kita tak ada anak favourite. Tapi jangan la menunjuk terang-terangan. Simpan kemas dalam hati. Ini mungkin luahan last dari akak pasal ni. Lepas ni no more. Tutup buku. Jika kita terlalu menunjuk, memuji, 24 jam anak anak tu sentiasa di mulut, maka ada la anak-anak lain yang akan berkecil hati. Kita tak mampu nak ramal masa depan kita. Selalunya anak yang kita sanjung tu lah yang akan menjaga kita bila sampai waktunya. Kemudian jangan jadikan wang ringgit emas permata sebagai umpan atau gerenti untuk anak menjaga kita. Jangan. Maaflah akak tak tergoda ok. Akak dah rasa puas dapat jaga arwah FIL selama 3 bulan. Akak yang bawa FIL ke klinik masa dia sakit, cari apa makanan yang dia nak makan. Dia pun apa yang akak masak dia makan dengan berselera kecuali masa hari-hari terakhir dia, dia memang tak ada selera dah la. Akak juga yang sorong dia atas troli. Akak cuma jalankan kewajipan akak sebagai anak/menantu. Wang ringgit bukan akak hadap sangat pun. MIL ada pesan selepas dia tak ada nanti pinggan mangkuk tu dia bagi pada kami. Diam-diam akak bisik pada Pak Atan kita sedekah ja pada surau. Pak Atan angguk..setuju. Doalah supaya kita menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers