Tuesday 7 January 2014

Awat lagu tu?

Anak dara balik mengadu. Kelas baru dah ahli-ahlinya tak sama macam kelas lama. Tak ada kawan. Rehat sorang-sorang. Perangai anak dara tu payah nak ditebak. Kasar. Dia kalau melawak memang kasar, sapa tak tahan memang "tak mau kawan" haha. 
Anak dara tu stress sama. KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) yang agak memeningkan. Anak dara baru darjah 4. Tahun ni naik kelas satu takah lagi. Kelas budak-budak yang lebih cerdik pandai katanya. Anak dara sebenarnya lebih selesa dengan kelas lama. Ibu anak dara pun sama. Tapi kita akur dengan keputusan pihak sekolah. Dalam kelas cerdik pandai ni ada subjek bahasa cina. Jadi suka atau tidak anak dara kena belajar. Lepas tu ada subjek Sejarah. KSSR kata kau. Ibu pun tumpang rasa penat anak dara. 
Aju anak dara kenapa budak yang rasa pandai sangat sombong? Tak nak bergaul dengan budak kelas lain? 
Ya kan cycle of life memang macam tu. Yang cantik molek dengan yang cantik molek kacak saja. Yang cerdik pandai genius dengan yang bijak pandai juga. 
Imbau balik pengalaman sendiri. Masa zaman sek menengah. Nama kata yang dok kelas 1P1 tu kira pandai tak dak dah la. Megah tak tau nak cerita. Hidung pesek pun rasa macam hidung tinggi. Masuk form 2 2P1, kelas kami menerima beberapa orang student dari kelas sebelah. Cemerlang masa final exam so naik kelas lah kan. Mak aih kita orang punya eksyen jangan cakap la.Buat a few student ni macam minoriti. Bila dikenang balik alamak tak patut dan buruk sangat kan.
Berada dikalangan cerdik pandai akan nampak kita juga termasuk dalam kategori itu walaupun sebenarnya kita ni apalah sangat kan. Dan yang kita kena ingat berada dalam kelas cerdik pandai juga bukan bermakna kita sentiasa hebat hahahaha kerana ramai lagi yang hebat. Maka jangan sombong tak tentu arah.
I tak bimbang dengan anak dara. Sebab tahu dia independent dan tak kisah hal2 macam ni. Cuma I bimbang dia stress dengan KSSR yang macam2 subjek tambahan ada dan bahasa cina. Dia sendiri dok ulang cakap dia bimbang dia tak boleh catch up.
Nak kena cari tuisyen bahasa cina pula :)

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers