Thursday, 13 February 2014

Cabaran 2

Hari Selasa 11/2/2014 pi ambush bang chik yang ke CC. Main games kat CC. Semalam pi ambush abangnya pula. Minta tolong dia ke kedai depan beli ayaq neslo (ok segan nak buat sendiri ayaq kat kedai juga yang best)  Dia boleh pi order ayaq dulu lepas tu dia ke CC. Ibu dia bukannya koman sangat sampat tak kenal susuk tubuh anak sendiri. Maka I pun ke CC tu lah. Hihi I bukan pi mengamuk tapi I pi minta kunci motor lepas tu I balik lah. Terpaksalah dia menolak motor tu balik kerumah. Berpeluh juga dia sampai ke rumah. Sampai kerumah muka mencuka tak kiralah. I bukan nya marah-marah tapi tu ja la caranya. 
Aduh sarat kepala dengan karenah anak-anak ni. Itu ini begitu begini. Abang berbalah juga dengan I. Jangan jerit anak suruh diam...sebab masa tu dia orang tengah luahkan isi hati depa. Dengar saja. Bila dia habis bercakap I soal dia balik " Jadi apa yang abang buat tu betoi ka?" Dia cuma diam tak menjawab. Kami masing-masing diam. I kena diam...sebab i nak cool kan perasaan I. I adalah seorang yang cepat melenting tapi cepat cool. Orang akan ingat pada part yang cepat melenting tu bukan pada part yang "cepat pula coooollllllllll" . Dia masih sibuk dengan lappy lagi. Memandangkan tepat jam 5 pagi mata I automatik akan terbuka, maka I masuk tidur. Time tu dalam pukul 11.15pm. Tapi sebelum I masuk tidur I pi kat dia, I gosok kepala dia I cakap " Ibu buat semua tu becoz I love you...you are my son...Ibu tak mau benda yang tak elok jadi pada abang". Then I baring sat atas sofa sebelah Che Nah. I saja buat pejam mata kekonon tidur la. Kemudian dia panggil I...I cuma jawab "ermmmm" katanya "abang minta maaf ibu". I cuma diam kemudian I jawab "ermmmmm". Then I masuk bilik tidur. Bangun pagi ni ada surat bawah bantal tidur I. 
Hah abaikan tulisan yang cantik ya amat itu. Betul seperti kata kak Yati Berahim. Tangani karenah anak secara lemah lembut. Kalau kita berkasar maka kasar lah jadinya. Kalau kita berlembut maka lembut lah jadinya. I ada baca juga Puan Nur Azlina  ibu kepada Allahyarham Ahmad Ammad yang syahid di Turki yang dia percaya walaupun sudah menjadi buluh tapi masih bisa untuk dilenturkan. Ya I memang tak suka anak-anak I melangut di CC. Mula-mula memang niat cuma nak main games tapi lama kelamaan takut tersangkut dengan judi online. Lepas tu jadi ketagih. 

KESILAPAN

Sebagai Ibu , I pun ada buat silap juga. I lepas kan anak-anak I bila usia mereka menginjak 4 tahun. Maksud lepas disini bukan bermaksud I suka hati lepaskan mereka main , merayap. Tapi maksud I disini ialah I kurang belai dia orang, I kurang sentuh dia orang. I ajar dia orang berdikari. Mungkin I terikut cara bagaimana I di asuh. Lebih kepada berdikari. Seingat I jejak saja kaki I ke tahun 1 pada tahun 1984, maka I yang bertanggung jawab sepenuhnya kepada diri I. I kena basuh baju sekolah sendiri, kasut. Bangun pagi2 siapkan diri sendiri ke sekolah. I tak pernah dicium bila mana I nak berangkat ke sekolah. Jadi I terbawa-bawa ini dalam kehidupan I dan anak-anak pada masa kini. Memang itu silap I. I sedar anak-anak I akan tersengih gembira kalau sekali-sekala I mencium depa. Abang kalau balik dari sekolah memang akan terkam dan cium I. I pula yang jadi kekok sebab tak pernah buatkan. Maafkan ibu anak-anak. Ibu lupa part yang ini. Kita masih sempat untuk berundur..dan berusaha menjadikan keluarga kita dikalangan yang terbaik :)

No comments:

Blog Widget by LinkWithin