Monday, 12 May 2014

Bertabahlah

Ya saya sedang bertabah. Saya tidak mengongoi macam budak kecik nak ice-cream conetto. Hati saya sudah tepu. Otak saya pun tepu agaknya tidak larat nak memikir. Saya pasrah. Pasrah kepada Ilahi apa kah babak seterusnya.

Saya sudah tak hadam dengan kata maaf. Perkataan MAAF yang sepatutnya terlalu tinggi nilainya senang saja dipermainkan. Maaf perkataan yang mudah diucap. "Saya minta maaf". Tapi adakah makna maaf tu dihayati sepenuhnya. Bila dah minta maaf maknanya perkara tersebut tidak boleh diulang lagi. Jangan sesekali. 

Kita melangkah kehadapan dan bukan kebelakang. Dan itulah yang akan saya lakukan. Saya tidak mampu hidup dalam denial. Paling benci bila hidup dalam keadaan syak wasangka. Pada yang melakukan kesalahan dan rasa ada buat salah tanggunglah sendiri natijah dari perbuatan awak. Jangan minta maaf bersujud minta ampun pada saya tapi mintalah ampun pada Allah. Perbaiki kelemahan diri yang ada pada awak selagi masih ada peluang. 



No comments:

Blog Widget by LinkWithin