Monday, 4 August 2014

Our raya

Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga. Seperti yang di post dalam FB, iol balik beraya di Kamunting. Seperti biasa kami balik anak beranak jer. Ok tak kisahlah janji dapat berhari-raya. Janji terubat gundah gulana. Opss Syawal adalah bulan maaf-memaafi jadi lupakan seketika kemelut hati.  Gambar raya culang caling. Malasnya nak susun ikut aturan. Takpa kita buat caption yer :)


Yang depan tu anak dara makencik. Yang belakang tu anak saudara mak encik. Kali kedua berjumpa ni jadi susah depa nak blend. Tapi si adik ni pot pet pot pet, si kakak cepat sentap haha. 


The one and only Maksu Yang. Adik ipar ayahanda. Beraya kat rumah dia dapat tempoyak dan lempuk durian. Kami lepak lama kat rumah dia. 


Dengan adik sulung (yer dia yang sulung) Sampul duit raya tu bukan kami yang punya tapi untuk anak-anak. 


Anak-anak makencik dan anak saudara yang sibuk main games di pagi raya. Budak zaman sekarang terlebih exposed dgn gadget. :(


Ok our pic raya. Haha makencik suka sangat. Ini tak semua berkumpul. Kalau semua berkumpul lagi meriah. Alah comel che nah pakai baju kurung kaler pink tu.



Jamu selera makan kuih raya Opah. 


Si kenit yang suka dapat naik buai. Senyum sesaja. Walaupun budak kampung tapi bila dapat balik ke kampung lagi best. Dapat tengok kambing, pokok buah-buahan yang sedang meranum aduh pengalaman baru. Selama ni asyik dijamu dengan pokok getah dan sawit jer. Opsss terlebih sudaa.


Ana and Sara. Elsa yang nampak belakang tu jer hehehe sentap.


Budak kecik yang merisaukan hati. Tablet tu dia yang konker. Gila main games nih. Bayangkan masa otw balik dr Kamunting ke SP, yang lain dah zzzzzz dia sorang tak tidur dia boleh main games?? 





Maksu dan mak bonda. Air hijau tu air pandan, pandan tu asli ok depa blend sendiri dan simpan dalam botol. Dok kampung semua ada. 


Yah dari Changkat Prah kami ke Bendang Nering. Nak kerumah Paklong. Makencik ikut dari belakang jer ler. Nampak jalan muat sebiji kereta tapi time raya muat 2 kereta haha.


Ok ini dari SP ke Kamunting. Hari ahad 27/7/14. Highway lengang dan traffic berjalan lancar. Dari Selatan ke Utara pun smooth jer. 

The best hari rayalah. Balik kampung dan drive sendiri ke kampung. Alah bisa tegal biasakan???

No comments:

Blog Widget by LinkWithin