Tuesday, 5 August 2014

Homemade twisties

Mai nak kongsi resepi homemade twisties. Dapat resepi ni masa balik beraya. Balik jer kerumah terus makencik cuba buat. Sedap dan anak-anak pun suka. Budak-budak ni semua depa suka. Senang bela budak-budak ni :). Ok bahannya cukup mudah dan murah. Check it out ==========>

Bahan-bahan

1 peket laksa
Serbuk kari - tak kisah daging, ayam, dan ikut suka nak letak banyak mana.
Serbuk perasa
Nestum
Gula- makencik letak 2 sudu jer
Minyak untuk menggoreng
Kuali dan dapoq harus ada (ok ni tak lawak haha)

Cara-caranya:

Panaskan minyak. Sebelum tu renyuk laksa tu bagi patah-patah supaya senang nak menggoreng. Laksa tak payah basuh sebab kita akan menggoreng dalam keadaan kering.
Minyak panas , goreng lah laksa tu sampai kembang. Angkat dan toskan.
Goreng sampai habis laksa tu yer adik kakak.

Blend serbuk kari, serbuk perasa, nestum dan gula. Bila dah hancur tabur dan gaulkan dengan laksa yang sudah di goreng. Maka siap lah dan jadilah twisties seperti gambar diatas. 

Satu bekas ni sekali hadap jer kat rumah ni hehe.

Ok selamat mencuba yer

No comments:

Blog Widget by LinkWithin