Wednesday, 7 January 2015

Positif

Hidup akan jadi seperti yang kita fikirkan. Jadi sentiasalah berfikiran positif dan sematkan yang terbaik untuk hidup. 

Perancangan tidak menjadi seperti yang dirancangkan. Kita hanya mampu planning tapi yang menentukan sama ada planning kita tu berjaya atau tidak adalah yang Maha Esa kan. Jadi redha dengan hati yang terbuka. DIA maha mengetahui. Maka kami akan tetap bermastautin di sini. :)
Tapi owner rumah nak ambik balik rumah dia. Nak buat homestay katanya. Ok la find another rumah lah apa nak kata lagi kan. Tapi still nak dalam kawasan ni juga. Sekali fikir baik beli ajer rumah. KWSP account 2 pun tak berusik tu. Ok kita akan check rumah yang nak dijual. 

Tahun ni sorang PT3 dan sorang lagi UPSR. Kena prepared dari awal. Si Sara dah warning abang2 dia. Result kena cun kalau tidak no trip to USS. Trip tu based on abang2 punya result. Kejam tak mak punya T&C kalau nak berjalan nak berholiday??. Nasiblah anak-anak oi.

Ok positif dan inovatif baru lah produktif:)

Hidup adalah pandang ke depan bukan ke belakang!!!!!


No comments:

Blog Widget by LinkWithin