Monday, 12 January 2015

Sessi persekolahan 2015





Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk bernafas sehingga 2015. Moga usia dipanjangkan dan hidup diberkati. Aamiin. Tahun ni saya join kutu. Jadi agak ringan sikit lah nak berbelanja barang2 sekolah. Memang tinggi juga belanjanya. Tahun ni beli baru semua sebab tahun lepas ada yang pakai yang lama. Macam abang teh memang kena beli yang baru sebab baju sekolah lama dia dah macam belacan ja. Tahun ni dia orang tukar sekolah dan pergi dan balik sekolah naik van sekolah. Ok jimat kos sikit la kat transportation. Kakak dan Ateh pi KAFA tahun ni maka kena bayar yuran KAFA . Ok lah demi masa depan kan. 

Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan, ada rezeki untuk anak-anak. Cuba nak buang sikap suka mengeluh. Kena selalu positif. Yakin, doa dan tawakkal. Adalah jalan penyelesaiannya kan??
Iols dah buat sehabis baik untuk pendidikan anak-anak, Harap depa belajar lah bersungguh-sungguh. Dulu kita susah, pi sekolah jalan kaki, kemudian baru upgrade naik gerek. Tak ada chance nak pi tuisyen dan sebagainya. Kasut baju sekolah semua basuh sendiri. Tapi dia orang sekarang dah senang. Semua mak bapa yang uruskan. Jadi kalau malas juga tak tau lah.

# terkenang nasib anak-anak di Kelantan. Macam mana dengan sessi persekolahan mereka. Macam nak bagi tau tauke van sekolah tu mana ibu bapa yang bayar sebulan tu refund la balik untuk seminggu yang patut start sekolah tu. Boleh masukkan dalam tabung bantuan banjir yer tak?
Blog Widget by LinkWithin