Thursday 15 January 2015

Enggan anak hidup susah-Che Ta

Yer copy tajuk cerita pasai Che Ta. Dan saya pun Che ta juga ya walaupun saya bukan macam RCW. 

Tahun 2014 adalah tahun yang paling mencabar diri saya. Paling menguji hati dan iman yang setipis kulit bawang ni saya. Tapi kena redha dan cekal la. Kalau jatuh tersungkur jangan harap ada orang nak tolong angkat kita balik. Jadi kita kena bangun sendiri untuk meneruskan hidup.Apa lagi bila ada orang lain yang bergantung harap dengan kita. Kau teraju dan nakhoda tapi tiba-tiba kau tersungkur tak ke haru?
Bila dikenang memang akan terasa sakit hati tapi itu semua jadikan semangat untuk kita terus maju dalam hidup kita. Ingat apa yang kita fikir adalah penentu hala tuju hidup kita ok. 

Cukuplah kisah sedih medih. Pak Atan dah balik ke sini. Buat masa sekarang dia masih melepak di rumah, menjadi Mr Mama. Tapi saya bagi cadangan, buat jual nasi tomato including delivery. RM 10 per set.  Ya mak encik jenis mat jenin suka berangan. Dulu berangan buka kedai runcit kemudian buat delivery service. Tengok Tesco dah tiru. Macam mana orang2 Tesco ni boleh baca minda mak encik? Sekarang semuanya dihujung jari. Dok dalam toilet pun boleh order pizza. So kita gunakan kesempatan ni. So i tell my son, tengok pakai handphone pun boleh cari duit. Please!! jangan tanya untung atau tidak. Sapa yang tak nak untung kan? Tapi konsep saya senang, untung atau tak tu rezeki kami. Kalau terlebih kami anggap ianya sedekah untuk customer. Kau nak orang pesan nasi kau setakat 2/3 hari saja ker? Takkan mesti kau nak setiap hari ada pesanan. Jangan berkira dengan orang InshaAllah nanti lagi banyak kau dapat. 

Alhamdulillah sambutan menggalakkan. Thank you Allah.  Semoga rezeki ini berterusan dan dapat pula kami sampaikan kepada yang memerlukan. Kerana kita ingat apa yang kita beri atau sedekah pada yang lain itulah sebenarnya hak kita :) Saya bukan nak jadi ustazah maggi segera tapi saya sedang memotivasikan diri saya sendiri!!

Jadi kerana saya enggan melihat anak saya hidup susah maka saya harus berusaha keras. (OK Fine tajuk tu tak tau la ada kena mengena ke tidak dengan intipati cerita ni yer )

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers