Wednesday, 21 January 2015

Tahniah Caliph Buskers



Sebelum tu sekalung tahniah buat Caliph Buskers. Memang meremang bulu-bulu kucing masa tengok persembahan masa AJL29 yang lepas. Hiii iol tak pernah tengok pun muzik-muzik. Memang tak tahwan lagu apa yang masuk final dan nak berentap. Dan sadis tak tahu pun bila tarikhnya AJL29 ni. Yang boleh tau bila customer order nasi untuk dinner nak makan sambil tengok AJL29. 
Ya la bila umur meningkat ni dah jarang tengok TV. Tak sempat pun ya juga. Lagu-lagu terkini pun haremm tak tau. Bila dengar anak-anak nyanyi baru tanya sapa nyanyi tu. So depa pun bagi tau orang tu orang ni. 
Tapi bab vocalist asai MOJO si Aweera tak menyanyi tu memang tau la. Sebab ada terbit dalam FB kan. 

Terbaik percaturan Edry. Berani mengambil risiko dengan menampilkan Caliph Buskers ni. Memang terkesan sangat. Walaupun sekadar menang persembahan terbaik tidak anugerah utama, tapi mereka tetap juara dihati penonton. 

Walaupun mereka OKU dan cacat penglihatan tapi digantikan dengan hati yang terang. Orang yang celik mata pun belum mampu boleh main alat muzik tu kan???

Azmi the vocalist cuma dapat mendengar penonton menjerit kalau lah dia dapat melihat persembahan dia mendapat standing ovation perghhhh. 
Tahniah Azmi and Caliph Buskers semoga terus suksess dengan karier uols. Moga KRU akan menjaga kebajikan Caliph Buskers dengan sewajarnya.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin