Wednesday, 13 May 2015

Hati Perempuan


Tak ikuti cerita ni. Kalau tertengok baru la tengok haha.TV kat rumah tak ada siaran sebab aku tak bayar bil astro hahaha sebab duit dah habis macam mana nak bayar oiii. Geram dengan astro ni sebab bila kita nak minta pakej basic tak mau la sports apa semua macam-macam alasan depa. Puiii. Jadi area rumah aku ni kalau tak ada astro memang tak dapat siaran lah. Tapi kami cuma dapat RTM TV2, ASTRO AWANI dan chanel Tamil tu. Hari-hari dok tengok cerita Tamil.

Aku pun tak tau la kenapa la suka sangat orang buat cerita bagi nampak kaum perempuan ni teruk hazab sangat. Si Yuhanis dalam cerita ni nama sama macam anak dara aku pulak tak tau apa kehendak hati dia. Dah berumahtangga dengan kerabat diraja, diterima baik oleh mak pak mertua, laki sayang gila kat dia tapi tak reti bersyukur. Cepat sangat kot percaya apa saja orang bercerita pasai buruk laki. Jangan tunjuk tak cerdik, siasat dulu betoi ka dak bila dah ada bukti baru la tembak. Lepas tu kalau dah suka sangat dengan seseorang tu punya pulun tak sangga tak kira la tu laki orang ka bini orang ka. Sanggup buat apa saja asaikan orang yang depa suka jadi hak depa. Cermin muka please, macamlah kalau dah jadi hak depa..orang tu akan suka, sayang love you meleleh??? Semak sangat la dengan cerita macam ni.

Boring babas sangat la cerita ni . Nak tengok kat Tonton pun tak ada selera aih.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin