Wednesday, 26 August 2015

Cerita Raya betum habis

Bila cerita raya ni habis?
Dah masuk bulan Zulkaedah dah nak sambut raya juga haji dah pun :(
Ok raya ke dua kami berhari raya di Kamunting dan Batu Kurau.
Bertolak dari Pendang lepas isyak  sampai kat sana dalam pukul 12 macam tu lah. Memandangkan dah lewat malam dan letih malas la kami nak tidur rumah ayahanda. Tahu dah anak-anak mesti letih dan saheh bangun lambat. Jadi raya2 ni takkan nak biar anak kita bergelimpangan kat ruang tamu rumah orang kan. Jadi baik kita tidur di hotel ajer. Bukan nak belagak tapi anak ramai kena lah sedar diri. On the way nak ke Taiping tu berasap telefon dok call merata hotel tanya bilik ada kosong atau tidak. Musim raya ni, bilik semua penuh ya kalau yang available pun rate giler mahal. Last we decide nak walk-in saja lah. Pusing seluruh bandar Taiping kemudian singgah tanya di Taiping Perdana. Ada room available rate 175++ inclusive breakfast for 2. So we check in situ lah. Masuk2 dalam bilik terus pakat zzzzz. Letih apa nak di kato.


Hotel Taiping Perdana
Lorong Koperasi 1
Kampung Jambu
34000 Taiping
Tel:05-8082011



Early in the morning budak-budak ni dah terjun kolam. Mandi sampai sejuk beku biru gedi. Janji depa enjoy.


Jenuh paksa naik dari kolam. Tok Wan dah calling bila nak sampai weh.

Taraaa dah sampai. Kita serbu makan durian dulu lah. Sebu perut dengan durian. Perghh sedap sampai terasa nak jilat kulit durian. Hahaha



Lepas melepak sat kat Kamunting, kami off to Batu Kurau. OMG!!! batu kurau jammed. Kematu vontot dalam kereta. Orang pi beraya dan orang nak pi beli durian la ni.

Panjang kereta kat belakang tu 



Boring sangkut dalam jem,,,moh selpie seround


Dah sampai Batu Kurau. 



Penuh ruang rumah mak teh ni. Makan kuih, makan durian, makan bihun sup..kenyang






No comments:

Blog Widget by LinkWithin