Thursday 6 August 2015

Throwback sebelum raya

Throwback cerita sehari sebelum raya.
Tiket feri dah ambik pukul 2.30 petang. Hari tu mak encik kerja lagi sampai pukul 1 tapi dapat halfday leave gitu. Tapi by 12.30pm mak encik dah lambung balik sebab dah agak dah mesti rakyat jelata kat rumah tu tak ready lagi. Maka memang betoi ramalan ku benar belaka. Ayoo stress tau sebab dah pesan by 12.30 dah kena ready. Nak pergi ke jeti takut jammed maklum semua nak balik raya. Kena tinggal dengan feri burn la tiket tu. Btw, kereta dah menunggu di kuala perlis. Kereta tu balik dulu dari tuannya haha. Pukul 1.45 ptg kami masih di area Padang Matsirat lagi. Pak encik baru kalut nak beli rokok la tu la ni la. Ayooo mak encik dah stress. Kami naik teksi ke jeti, tak tau la pakcik teksi tu punya tekan minyak hahahahaha punya nak bagi sempat feri pukul 2.30 tu. Alhamdulillah kami sempat naik feri yeaaaaaa. Sampai ke Kuala Perlis dalam pukul 4.00 petang macam tu lah. Ambik kereta terus bergerak ke Alor Setar. Sampai di Alor Setar singgah di Star Parade sebab nak cari baju raya mak encik. Pusing atas bawah tapi tak ada yang berkenan. Tapi beli juga la kasut raya bang teh dan muadz. Murah nya kasut tajuk KIKI LALA, harga walaupun include GST tapi masih murah berbanding di Langkawi walaupun tax free. Sob!sob!.  Turun ke bawah pak encik bayar zakat fitrah dan kemudian kami beredar ke Tesco Mergong sebab nak berbuka di Noodle Station. Tapi apa kan daya Noodle Station full, food court pun full dan last sekali masuk pizza pondok hut. Sekadar berbuka puasa kemudian masuk tesco cari barang nak buat rendang beli ayam. Kat situ jugalah budak-budak ni menambah track suit, selipar dan macam2. Ambik kesempatan betoi uol. Still tak jumpa juga baju kurung idaman kelabu ku. Awat tahun ni banyak baju yang meqelip-qelap ja ha?




Kami lepak kat sini tunggu pak encik dan 3 orang anak dia hahaha. Dia keluar smoking rupanya dia langsung tunggu kami kat kereta. 


Boleh dok berdekatan time baik time bergaduh pecah telinga


Jodoh memang kuat. Tiba-tiba ternampak Cik Jijah dan rombongannya. Dia ni kawan kat tempat qeja mak encik. Bergambaq serounddddddddddd

Keluar dari Tesco Mergong dah pukul 11 lebih kalau tak salah ingatan lah. Terus balik Pendang dan singgah di Pendang lagi sebab nak cari baju raya ku. Pusing satu pasar syawal pendang tu tapi tak ada yang berkenan dan last sekali jumpa juga. Kain cotton ada warna purple sikit. RM100 mau tak mau grab la juga. Menyesal tak beli yang RM60 kat langkawi tu sobs!sobs!. Dapat baju raya zassssss terus balik rumah MIL. MIL dah tidur bila kami sampai apa taknya dah sampai pun dah pukul 2 pagi uols. Mandi kemudian zzzzzzzzz . Letih. Adoii macam la dok kat Johor gayanya tu.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers