Tuesday, 4 August 2015

Hari Raya @ 1 Syawal 1436H

Selamat Hari Raya Aidil Fitri !!!!!!!!

Tahun ni kami sambut di kampung pak encik dulu lah. Kasi chance sama dia haha. Well memandangkan kami balik sehari sebelum raya dan singgah merata untuk cari kasut raya dan baju raya mak encik maka kami sampai ke kampung pukul 2 pagi. Walhal cuma dari Langkawi nak ke Pendang jer pun. Tapi menjelajah cari baju raya mak encik yang nak kan color purple dan nak harga below RM100. Menyesal tak beli baju kat Langkawi harga cuma RM60 saja. Sobs!sobs!
Jadi tidak lah sempat masak rendang dan sebagainya.  Plan nak masak di pagi raya tapi jadi sebaliknya. Lepas sembahyang sunat hari raya aidilfitri, kami ziarah kubur FIL balik bergambar hari raya dan kemudian pusing kampung pak encik. Berhari raya di rumah jiran tetangga dan saudara mara. penuhkan perut dengan makan kuih, bihun sup, mee kuah, laksa. Wow pi rumah 2@3 kerat jer, tapi melepak menyembang tu yang lama. Maklum lah setahun sekali baru nak bersua muka kan. Balik rumah MIL dah pukul 5.00 lebih. Anak-anak dah melepek mengantuk. So kasi dia orang rest dulu sebelum bertolak balik ke Kamunting.Tidur seround kemudian bangun mandi. Kejutkan Pak Encik ajak ke rumah sepupu dia sebab ada sup gear box. Budak-budak still lena lagi. Kami pi pekena gear box dan makan durian. Hari raya hari mengetatkan perut sedunia haha. 
Balik rumah tak budak-budak tak bangun lagi, jadi kejutkan depa sebab nak bertolak balik ke Kamunting pula. Bertolak ke Kamunting lepas maghrib gitu. 

Tema baju purple. Ikut warna baju kebaya si Che Nah tu. 6 beradik , geram jer tengok bang teh dan Muadz posing. Bang teh dan Muadz baju tak sama color sebab baju depa beli awai lagi. Nasib ler


Ambik gambar dengan anak-anak jantan. Sekali sekali jadi gila-gila


Geng jantan pulak bergambaq


Abah dengan anak-anak dara dia. Cer tengok kat tangan che nah tu dia pegang mercun !!


Geng-geng pompuan. Kali ni tukaq plak bergambaq berlatar belakang kan bendang 


Gambaq ni menawan hati. Gaya bang teh dan muazd bermaaf-maafan . 

Us!! tapi tak cukup korum

No comments:

Blog Widget by LinkWithin