Wednesday, 3 February 2016

39-part 3

Ok semalam tak dan nak jamu kopi secawan kat Pak Atan. Sebab dodua letih terkelepek. Pak Atan lps isyak dah belayaq ke pulau dudoq. Aku gagah mangkit basuh pinggan, kemaih dapoq sikit2. Lepas tu tengok cerita apa entah tak tau. Lepaih tu masuk lena la. 

Tapi semalam saja la aku kata kat cik sara pasai keputusan yang aku dok timbang tara tu. Dia boleh kata dia tak setuju sebab takut lepas ni tak boleh nak berpoya-poya dah. Boleh lagu tu?

Tu la aku pun pikiaq tak habis lagi ni, Tak dak kata putuih orang Kedah kata. 
Dok pikiaq kehelan si Faez lagi. Makin menjadi perangai dia bila dah masuk Form 1 ni. Tungging tebalik jadinya. Dugaan untuk aku laki bini ni. Aku ni bukan bangsa penyabaq nak urut belakang sambil tanya "awat cek!! awat cek". Aku kira nak bagi ja sedas dua. Sebab tu dok pesan kat depa jangan la bagi aku marah huhuhu. Sebab letih ooo bila asyik dok marah2 ja ni. 

Tak pa nanti esok aku story kalau aku dan discuss dengan Pak Atan no.

Hampa semua dah tau kan yang menteri besaq aku DSMM dah letak jawatan, Sedih hati sebab memang dok harap DSMM kekal sebagai MB. Tapi nak buat lagu mana ada hikmah disebalik semua ni kan. Bagi la depa beraya dengan kemenangan depa ni. Lama mana depa nak rasa menang kan? Aku malaih nak sembang bab politik ni sebab aku tak reti bab politik2 ni. Tapi dah 3 kali aku mengundi tau. Jadi next PRU aku nak pangkah parti cap kipas udang hahaha. 

Semalam Cik Sara tanya aku tanda-tanda kiamat dah ada ka? Aku jawab dah ada dah. Contoh macam pemimpin yang memerintah ikut nafsu, tamak haloba dan menindas rakyat. Rakyat hidup menderita. Pemimpin tersebut sampai dah tak boleh ditegur di ajar. Sapa yang melawan akan dilenyapkan terus. 
Hampa tau apa kata Cik Sara? " Ibu you refer to our prime minister?"  Hahahaha aku sengih jer ler nak kato apa lagi ha.

Berdoalah kita semoga kemelut yang melanda tanah air kita yang tercinta akan segera berakhir.Selamat maju jaya kepada DSMM. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin