Tuesday, 2 February 2016

39- Part 2

Awat tajuk entry 39? Hah rahsianya tak lama lagi umur masuk la 39 tahun. Kalau diizinkan dah 39 tahun Allah pinjamkan nyawa untuk hidup atas muka bumi ni.
Biul-biul lagi akai ni. Dok fikir dengan keputusan yang 1 ni. Lagha dah aku. Kepala berdenyut sakan. 
Malaih aku nak caro dengan teman-teman minta pendapat. Kot satgi aku tak jadi laksanakan depa kata aku ni asyik bercakap ja tapi no action. Malu baq hang!!!. Tapi tu lah pi mai aku nak kena ada sekurangnya RM5K dalam tangan. Untuk persediaan. RM5K bermakna aku kena jimat cermat, belanja sebulan RM500 jer oiii. Jumlah tu lepas untuk bayar CC dan loan aku jer tu huhuhu. 

Banyak plan dalam kepala bana aku ni. Cuma nak laksanakan tu sesungguhnya aku tak dak kudrat nak buat sorang2. Badan dah mula sakit2. Energy dah tak macam dulu. Aku rasa faktor utama sebab aku kira beranak jer tapi tak berpantang sangat. Tu lah baru bersalin seminggu aku dah drive kereta kot hantar anak pi sekolah. Masa tu hebat tak kak tonnnn la ni padan muka kak ton hahaha.

Tak pa lah... aku nak balik discuss dengan Pak Atan dulu lah. Malam ni jamu dia kopi secawan lepas tu discuss. Aku nak fokus labur pada saham akhirat.. yang pada aku memang tak dak langsung. :(

Niat yang baik pasti akan dipermudahkan oleh Allah SWT kan.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin