Wednesday, 6 April 2016

Aku nak kaya

Aku nak kaya. Serius aku nak kaya. Aku nak kaya bukan sebab untuk kesenangan aku tapi untuk orang lain juga. Aku zaman kanak-kanak sampai masuk.form 6 memang susah. Rasa dan faham sangat pahit maung bila hidup kita serba kekurangan. 😭😭😱. Hanya mampu menelan liur bila mengidam sesuatu. Aku dapat makan ayam KFC pun masa umur 15 tahun. Sebelum tu asyik.tengok iklan kat TV ja. Ya Allah rasa.sedap.tap-tap ayaq liur meleleh. Baju baru aku bukan beli kat supermarket tapi kat pekan hari je. Aku tak berani nak.meminta sebab aku kesian pada arwah Tok.aku. Kesudian dia nak menyekolahkan aku pun aku dah syukur sangat. Anak-anak aku beruntung kecik-kecik dah dapat makan kat hotel. Tidur kat hotel. Untung sebab abahnya kerja.hotel. Aku ada baca kisah 2 beradik yang jual bubur. Allah kesian sangat. Balik sekolah tak dan nak rest dah kena keluar kerja. Boleh baca kat sini. Saya dah tak larat jual bubur. Ini cuma secebis kisah tentang kesusahan masyarakat kita kini. Dimana anak-anak kecil.terpaksa berhempas pulas demi kelangsungan hidup. Kenapa aku nak kaya? Sebab ini lah aku nak kaya. Rezeki.yang ada boleh di panjangkan kepada yang memerlukan. In sha Allah.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin