Monday, 7 September 2009

**16 ramadhan**

Dialog sepasang suami isteri yang mempunyai 5 anak yang berusia dari 9tahun hingga 2bulan setengah.
isteri: abah berbuka kat rumah atau kat hotel hari ni (harap maklum suami isteri tu bukannya duit banyak sangat sampai nak berbuka kat hotel..tapi dah suami dia kerja kat hotel )

suami: kat hotel la


isteri: (dengan muka kelat) oooo..(stop sat lepas tu sambung balik) hari2 berbuka kat hotel.


Abah tau tak, penat la nak melayan budak2 tu masa berbuka. Dengan Danish lagi, dengan

Muad'z yang nak kena sorong tarik stroller masa berbuka. Letih.........(suara pun tone dahh lain)

suami: cari makan nak buat macam mana


Si isteri menarik muka qemot 14 tak berseterika. Malas nak meluahkan isi perut pedai, maka diam jer ler. Tapi memang si isteri rasa letih dan tension. Baru jer minum air tak jamah apa2 makanan lagi...tiba2 si kecik yg berusia 1thn 10 bulan tu bersuara " bu..yak nihh" adeii memang potong stim. Dan dalam masa yang sama si kecik yang berusia 2 bulan setengah tu meraung dalam stroller. Aduh tangan kanan menyuap tangan kiri sorong tarik stroller. Kalau si kecik diam ok la kalau tak stop makan la jawabnya. Tunggu si abang habis berbuka baru pas si kecik kat dia. Mujur abang anak yg baik..paham tanggungjawab seorang abang.


Tapi dah "rice-cooker" suami macam tu nak buat macam mana. Sabar saja lah.




noted: agak2 citer sapa tu yer...mari kita tengok sapa yg kena hahahahahha


6 comments:

Tarmizi said...

Nasib baik dia berbuka kat hotel kalau dia kata nberbuka kat rumah tut........ tak ke nyaya ooooo.

P:S anak ramai meriah.

of coz its me la said...

mizi..
hah buat dia kata cam tu mau kena jotos...hahahahaha

anak ramai memang meriah tapi letih nak melayan kena kira jugak

*ayu* said...

sabar kak..sabar...

kang paw duit raya bebanyak ek?
:D

PUTUBAMBU said...

hehehe..sabor je lah..

cam kenal jek si isteri tu.. sama le kes ngan aku.. time berbuka tulah dia uk-ek berbunyi..

tapi aku masukkan dlm buai ataupun enjut2 dia dlm bouncer dia tu.. kasi diam sikit..

kengkadang berkesan..kengkadang tak
nak disuruhnya kita pegang dia...

cikmas said...

nanees wey...hg 5 org..mmg patutla byk iklan time buka posa...aku ada yg sorang tu pun 'x menang bersagang' org tua2 kata...adoiiii

kak ja said...

nama anak depa sama mcm anak Cas, kan?

Blog Widget by LinkWithin