Friday, 30 October 2009

*** che mamat***

Kami ada member baru dalam family. Namanya Che Mamat. Jantina nya Male ok. Agak handsome la. Tapi muda lagi. Baru berapa bulan jer umoq dia. Dok menyusu lagik. Jadik Che Mamat ni syer susu dumex tu dengan Danish. Jimat duit. Tapi Che Mamat tak pakai diapers sebab dia pandai dah poh poh kat luar. Jenuh jugak nak train. Nak tengok Che Mamat????

*
*
*
*
*
*
*
*
*



Kami kena cari juga KUCING ni untuk Kakak. Masa balik raya hari tu dia ada jumpa kucing kat pasar tani jual sayur. Anak kucing sebenarnya. Yang baru seminggu lahir lebih kurang la. Keadaan kitten tu memang sedih la. Dengan mata bertaik. Ibunya tak ada. Tuan punya kucing tu pun sengai jugak. Pi buang kitten kat tempat sayur, apa kawan tu nak makan. Dah la dok menyusu lagi. Jadi kakak kutip bawak balik rumah tok wan. Tok wan ni layan cucu dia bagi la yang perangkap tikus besi tu untuk boh kitten tu. Saya dengan redha tak redha (kih kih kih) bersihkan lah kucing tu. Kami bagi susu Danish. Saya ada texted kak red tanya dia sama ada boleh mandikan dan boleh bg susu budak ke tidak. Kak red kan arif pasal bab kucing-kucing ni.
Kakak decided nak bawak balik kitten tu ke Pulau. Ok la kami setuju pada mulanya. Tapi the next day masa kami siap2 nak balik ke Pulau. Baru sedar..adoii kitten tu baby lagi, tahan ke dia dalam panas kereta? Tahan ke dia sejuk dalam feri? Pot pet pi mai so decided nak tak jadik bawak balik kitten tu. Muncung kakak jangan cakap la..rela dalam paksa. Jadik bila tengok anak dara muka macam tu jadik abahnya janji la akan cari kitten baru untuk dia bila balik Pulau.

Kami ada usha2 jugak kucing kat pasar, tapi nan ada yang berkenan. Saya bagi syarat nak kucing jantan...biar dia membohjan tak pa hahahahaha. Lepas tu nak cari kucing yang kecik lagi sebab senang nak train. Dan segala berak -kencing kitten tu saya tak mau masuk campur. Hehehehe. Ya la kalau tua bangka nak buat apa..susah dahh.

En.Atan ada berpesan-pesan la dengan kawan-kawan dia kalau ada kitten jantan bagi tau dia. Ya rezeki Kakak. 2 hari lepas kawan En.Atan call suruh pi tengok kitten kat rumah dia. Kitten jantan. Jadi masa balik kerja tu kami singgah tengok dan saya pun terbekenan kat kitten tu. Jadi kami bawak balik la kitten tu. Dan yang paling happy tentulah anak-anak saya. Bila anak-anak happy tentulah kami sebagai orang tua pun turut happy. Jadi kami namakan nya Che Mamat PT (Parang tumpul wakakakakkaka). Tugas mentrain dia tentulah si Abang. Lepas jer dia makan ..saya suruh abang buka pintu ajar Che Mamat membuang kat luar. Ikut pulak Che Mamat ni. BAGUS!!!.

Yang lawak nya bila dia orang boleh tunggu Che Mamat membuang lepas tu siap Abang sound
" sapa nak basuh ni?? abang tak mau. Abah la cuci nanti buntut dia" Gelak besar saya dan en.atan. Peqhak sungguh la ...tu la selama ni tak pernah ada pet.Adoiii.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin