Tuesday 17 November 2009

*** her & his birthday***

Coklat kek tu memang sedap..
Ayu celebrate her birthday on 13/11/
Danish celebrate his birthday on 14/11 dah 2 thn dah dia.

Sesungguhnya saya terlupa pasal birthday Danish. Adoii apa la ibu ni boleh lupa. Selalunya saya cukup ingat dengan tarikh penting anak beranak saya. Oh agaknya kerana terlalu berebutkan kepala ikan dengan Kakak maka saya dah jadi pelupa.
Kelmarin saya beli la kek untuk Danish. Kek coklat ok ikut citarasa ibu la. Kuasa veto di situ. Jadik malam tu lepas jer maghrib saya goreng nugget dan panggil anak jiran memeriahkan majlis nan adonya tu. Menu semalam cuma kek coklat, nugget, kacan ngan yin dan snek apa ke ntah nama nya dan air sarsi..Tu pun bebudak tu enjoy sakan..Danish yang tak tau apa2 pun enjoy..
Kami saja la kekonon nak buat suspen kat dia...switch off semua lampu pas tu abah mai dari dapur bawak kek dia..tapi dia boleh qeyau sebab dia takut gelap tapi bila abah letak kek depan dia suka pulak tgk candle tu..

Dengan itu saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Muhammad Danish Firdaus yang ke 2 tahun (walaupun dia tak tau baca lagi dan tak tau pun yang ibu dia ada blog ni) semoga jadi anak yang soleh kepada ibu dan abah dan ibu doakan semua yang terbaik untuk Danish.
Dan saya juga nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Siti Amiha Ayu. Akak doakan semua yang terbaik adalah untuk Ayu...

Wah rupanya selang sehari jer birthday Ayu dan Danish...

3 comments:

PUTUBAMBU said...

happy besday danish sayang...!

semoga jadi anak yg baik dan mengenang jasa ibu - bapa... aminn..!

tunoor73 said...

happy bday danish...apa la punya mak kau ni danish....bday ank pun leh terlupa....

kak ja said...

hepi belated bday utk hero Cas tu.. dah besaq dah dia..

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers