Saturday 12 December 2009

*** cerita-ceritit.....***

Saat ini.
Hati masih lagi gusar. Otak berputar 360* tanpa henti.Apa benar keputusan yang bakal di buat akan mendapat ganjaran yang setimpal?
Apa kuat hati ini untuk menghadapi masa hadapan (dugaan,ujian,etc) yang belum tentu bagaimana bentuknya?
Tegakah hati, minda nak tinggalkan apa yang sudah sebati disini?
Celaru-celaru-celaru-celaru.....
Dada sudah sebu sebenarnya. Air mata mahu gugur tapi cuba di tahan. Lagak untuk menunjukkan yang kita tabah. Menahan sakit melahirkan 5 anak setitik air-mata tak gugur...takkan hal macam ni nak jadi macam heroin tamil menangis meraung-raung??? Ego tetap ada!!!!
Terfikir!!! adakah betul keputusan yang di buat ni?? Tidakkah terburu-buru? Bimbang sejarah berulang..tapi bak kata En.Atan
" Dengan cara kita berhijrah mungkin hidup kita lebih berkat. Tengok apa yg kita ada sekarang???"
(Jujur..apa yg ditaipkan lahir dari hati saya..jika ada yang nak pandang buruk pada saya..oh saya tidak mampu menahan.Bukankah berkata benar itu adalah lebih baik dari pretending bagoosss?. Alhamdulillah En.Atan kenal siapa isterinya)
Ya..saya akui sekarang ni semua benda negatif yang berlegar dalam layar minda saya. Kalau ada positif pun cuma 1% bila agak2 positif nak meningkat ke 2% cepat2 negatif menerjah.
Saya terbayang karenah sipolan tu, si polan ni, si kodok tu, si kodok ni...tapi demi mereka:



Saya redha menjadi lilin.....asalkan mereka bahagia, terjamin dan bukankah saya katakan saya nak yang THE BEST untuk mereka dunia dan akhirat???

Abang sudah boleh jadi imam pada adik-adik dia. Bukankah itu satu permulaan yang baik???

8 comments:

Kancilbiru said...

Berhijrah adalah titik untuk sesuatu yang lebih baik. Mungkin perit pada permulaan tapi akhirannya pasti membuahkan kebahagiaan. Apapun, istikharah jika hati masih terumbang ambing. btw, penghijrahan apakah itu? kerja? rumah? diri? keluarga? all the best in whatever you do...

tunoor73 said...

madam...i think u must change your life now...cewahhh2 speaking lak...i sokonh en atan..mana tau rezeki kt luaq lebih dari dok pulau tuuuu....mmg la walaupun kita x byk harta tp kita bersyukur dapat idup ngan nyaman nyer kan...harta x penting sangat..tp sesekali harta itu nk tolong kita di masa depan nuuuu..lihat 10 biji anak mata yang tengah bersinar tuuuu..mak aaaiii panjangnya komen...hahahha

Madam Casper said...

niza
hijrah beramai-ramai ahak....

puan nord
ya benar apa puan nord cakap. Harap2 rezeki kat luar lebih barakah. Tambah dgn anak2 makin besar dan bersekolah rasanya mmg dah tak sesuai nak kerja. La ni byk kes pasai budak2 remaja ni risauu ooooo.

tunoor73 said...

syabas!!!!!mere kawan.....good luck...

Madam Casper said...

Puan Nord
Terima kasihhhhhhhhhhhhh...huhuhuh tapi dalam hati tu uwaaaaaa masih berbelah bagi oiiiii. Tak pa apa2 kami cari hampa mencurah perasaan wakakakaka

Nordiana Nordin said...

tul kak..cam kata yang lain-lain2 tu berhijrah..insyaallah pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya..tabahkan hati dan kuatkan semangat insyaallah..

Madam Casper said...

Diana..
InsyaAllah..akak betoi2 pasrah jer lepas ni..demi anak2 dan family..

PUTUBAMBU said...

pi berhijrah kat mana pulak weh?

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers