Thursday, 14 October 2010

Aku ......pregnant...

Kemain lagi persoalan tu bersarang dalam kepala otak aku. Ada kah aku mengandung lagi? Adakah?? Haa mau stress gila aku. Dah la baru nak mula kerja kalau Termengandung macam mana? Bersimpoi wayar kepala otak aku dok pikir ni. Last period bulan 8 tapi bulan 9 langsung aku tak period. Sapa nak jawab?? aku jugak meneka dalam kesamaran. Dah ler aku jenis senang lekat. Cukup seriauuuu.
Tapi aku tak ler citer dengan sesapa. Dok ler pk sorang. Tapi tak de plak simptom2 aku mengandung macam muntah ker apa ker. Aku tiap kali pregnant kira uwekk jer. Tapi tetap jugak bimbang bila pk history aku yg cukup mudah lekat. Tanya En.Atan dia kata ..aku tak pregnant. Konpiden jer dia .
Dan hari selasa tu kat opis..semacam jer aku rasa, masuk dalam toilet dan yess...hahahahah tetamu "bulanan" aku dah mariiiiiii. Kesimpulan aku tak pregnant la yer.
Nanti ada plak kata anak tu kan rezeki. Ya betoii..tapi rasanya cukup lah 5. Tu pun aku dah tak larat nak tungging terbalik, lompat katak, sommersaut bagai. Kaki dah kejung dok tekan pedal minyak sat ke sekolah, taska, sekolah, tahfiz hoooo penat. Tu belum kira lagi Danish dok ajak aku bawak dia pi tengok org main keta kontrol dah helikopter petang2..

Next year Muad'z dah 2 thn. Aku tak sabar sebenarnya nak tunggu anak2 besar. Banyak benda yang aku nak buat. La ni kena pendam dulu sebab depa kecik dan masih perlukan aku nak ajar tu nak ajar ni dan aku nak jerit kat depa dan sekali sekala depa kena getu dengan aku.

Ok..stop sini...tetiba teringat asam masin...

ps: Puan Nort kawan kita Raihan Din Kambing mengandung lagi yer. Nak masuk 5 lah yer.

1 comment:

tunoor73 said...

amin...syukur...kwn2 aku dah berlumba-lumba ngan aku...nak sama kan 5 org...aku nak kena tambah 1 lagi niii...umuq 40 kut....

Blog Widget by LinkWithin