Saturday, 30 October 2010

Tamak??? jangan sekali

Aku ni boleh di kategorikan sebagai tamak agaknya.
Kisahnya. Aku kan dah mula bekerja balik. Suasana kerja OK. Bos aku pun OK. Pendek kata semua OK. Tapi baru2 ni aku dapat offer kerja kat tempat lain pulak.Bila dengar benefit yang di tawarkan aku jadi gelap mata seketika. Nampak tak ketamakkan aku di situ?? Nampak tak???
Dengan gigih semalam aku pun pi la interview..guess what?? Aku dapat la kerja tu. Tapi tempat kerja baru tu jauh dari rumah aku. Meaning, kalau aku terima offer kat situ, aku memang tak de chance nak pi ambik anak aku sekolah, nak lunch dengan depa. 100% En.Atan aku yang kena buat. Bukan aku tak percaya pada En.Atan nak uruskan anak-anak..tapi mak ni tetap mak la kan. Lebih berpuas hati kalau buat semua. Lagi pun tahun depan, anak aku dah 3 orang bersekolah yeop..jadi fikir pi mai..aku tolak lah tawaran kerja tu dengan segala hormatnya. Pi interview tu pun satu pengalaman juga kan. Masa aku pi tu bukan nya interview pun tapi sekadar isi form dan borak2. Wahhh...kalau macam ni sessi interview aku rela pi 40 ratus kali.
Kalau ada sesapa yang nak kerja kat pulau ni, cepat-cepat bagi tau aku yer, tapi kena willing dok kat pulau la. Gaji yg di tawarkan agak lumayan la juga...

No comments:

Blog Widget by LinkWithin