Friday 5 November 2010

Banjir

Semua tentu tahu utara tanah air di landa banjir? Malahan dah ada nyawa yang terkorban.Alfatihah kepada mereka. Hati cuma mampu menzahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa banjir ni. Tapi mereka yang menanggung lagi perit rasanya. Harta-benda habis jahanam. Kehilangan orang yang tersayang. Bila banjir dah surut perlukan masa untuk memulihkan keadaan. Kemudian tahun akan datang, bersedia lagi untuk menghadapi musibah yang sama. Apakah keadaan ini akan berulang? Oh aku tidak pandai dalam hal ini. Aku cuma bercerita dari sudut pandangan aku dan apa yang aku rasa. Jangan hakimi apa yang aku luahkan disini. Sekadar berkongsi.

Aku juga pernah mengalami masalah banjir ni. Tahun 2009. Bulan ramadhan. Hujan turun tak berhenti-henti. Aku masih yakin yang rumah kami tidak akan dinaiki air, kerana kiri kanan bendang dan berhampiran laut. Keyakinan melampau sampai alpa pada kuasa yang ESA. Kun fa ya kun...maka jadilah sepertimana yang dikehendaki olehNYA. Aku dan En.Atan di tempat kerja. Air naik begitu cepat. Dapat panggilan yang air dah tinggi.bergegas kami balik. Jarak rumah dan tempat kerja cuma 15 minit rasa macam terlalu jauh. Hati teringat pada anak yang ada dirumah. Dalam masa tak sampai 30 minit, air dah masuk kedalam rumah. Walaupun separas lutut tapi itu adalah pengalaman pertama. Macam-macam perasaan ada dalam hati. Lebih buruk lagi, tiada tempat kami nak tuju dengan anak yang ke 5 baru berusialebih kurang 3 bulan. Nak berbuka puasa lagi, juadah berbuka entah di mana. Tapi aku bersyukur dan amat berterima kasih, seorang jiran yang baik hati menawarkan rumah dia untuk kami sekeluarga berteduh. Syukur alhamdulillah. Bila air dah surut, pukul 4 pagi En.Atan dah siap balik cuci rumah. Bersihkan apa yang patut.Walaupun keadaan kami tidak seteruk mana, tapi pengalaman yang kami lalui tu membuatkan aku tidak mahu lalui untuk kali ke 2 dan seterusnya. Tapi bagaimana dengan mereka yang setiap tahun akan melalui keadaan yang sama??
Pasti selepas banjir, ada saja teori yang akan kita baca...tapi keputusannya???? Aku bukan pakar...dan apa yang aku luahkan disini adalah suara hati aku. Ada juga yang mengaitkan musibah ni dengan itu dengan ini atau lebih tepat bala dari Tuhan. Allahhuakbar....sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui apa yang ada di bumi dan langit...kita sebagai hambanya harus menerima ujian ini dengan redha dan bersyukur kerana masih di beri peluang untuk meneruskan hidup.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers