Tuesday, 2 November 2010

school holidays

Entah. Sesuai ke tidak cerita dengan title tu aku sendiri confuse. Tak lama lagi kan dah nak coti sekolah. Anak-anak aku dok kira hari jer. Yer kira hari untuk di sunatkan. Kasi potong yaaaa.
Anak-anak mungkin seronok bila cuti sekolah boleh mangkit tidoq lewat, lepak kat rumah, layan youtube, facebook (itu anak aku la tu). Tapi bagi ibu bapa mungkin sebaliknya. Habis coti sekolah ni maknanya masuk tahun baru. Masuk tahun baru bermakna?????? Takkan tak tau kot kena keluar duit la nak bayar buku sekolah, yuran itu yuran ini.
Macam aku ni..dah dapat listing dah duit buku untuk darjah 1, 2 dan 5. Kira pi mai nah..RM200 . Mungkin bagi yang berduit jumlah banyak tu ciput jer, tapi bagi sesetengah orang yang kurang berada agak berat juga la. Tapi ibu-bapa ni demi anak-anak sanggup bekorban apa saja kan? Ok..berbalik kisah aku, itu baru duit buku tulis, belum kira lagi baju sekolah, beg sekolah, kasut sekolah...pendek kata siap duit saja lahhh. Hari ni saja dah langsai RM480. Itu baru duit baby sitter Muad'z dan nursery Danish dan Mek Tet. Tak lama lagi dah nak sambut aidiladha pula. Kena belanja juga sikit. Tapi seperti selalu..kami tetap sambut sederhana saja. Tak ada nak lebih-lebih.
Zaman sekarang ni pusing kiri-kanan, atas bawah semua duit. Ada kawan suggest kepada kami minta bantuan zakat sebab anak ramai. Allah..tak payahlah..ramai lagi orang yang lebih layak. Beri bantuan zakat tu kepada orang yang lebih layak dan berhak. Kami suami-isteri, masih mampu bekerja mencari rezeki. Agaknya orang yang beri cadangan tu , ada minta bantuan zakat kot hehehehehe.....

Anak-anak aku minta nak tuisyen masa coti sekolah ni. En.Atan angguk jer kepala maknanya boleh la tu. Oh bermakna RM lagi..(bukan Redmummy naaa) ..tapi untuk anak-anak tak kisahlah. Asalkan dia orang betul-betul nak belajar.

Sekadar berkongsi apa yang berlegar dalam hati....

No comments:

Blog Widget by LinkWithin