Friday 12 November 2010

Cikgu pulak yang salah.


Alhamdulillah. Abang dan Bang Chik tersenarai dalam pelajar terbaik di kalangan yang terbaik. Jadi 10 /11/10 aku dan En.Atan melangkah kaki lah kesekolah. Tengok bang chik dapat hadiah. Esoknya 11/11/10 En.Atan sorang saja yang kesekolah tengok Abang pulak dapat hadiah. Aku tak dapat pergi sebab Muad'z tak sihat. Jadi aku tunggu di rumah sajalah.
En.Atan cerita pada aku. Kawan dia ada komen, sekolah yang anak dia bersekolah tak bagus. Cikgu tak beri perhatian pada murid-murid yang lemah. Anak dia ada dalam kelas yang agak corot. Jadi memang dia tak puas hatilah.
Kawan aku pula bertanya apa rahsia aku ajar anak-anak aku. Aku bukan yang hebat. Anak-anak aku bukan yang terbaik. Cuma mereka berusaha.Aku juga berusaha.Dan aku bagi tau kawan aku yang aku belum layak di jadikan contoh lagi. Cuma aku bagi tips pada dia. Terpulang pada dia nak ikut atau tidak.
Aku tak ada buat jadual belajar pada anak-anak aku. Aku bagi mereka rileks dan "free" tanpa kongkongan. Cuma sebagai ibu aku pantau pergerakan mereka. Balik sekolah aku dah tanya ada kerja sekolah atau tidak. Kalau ada tolong siapkan. Balik kerja nanti aku check. Aku tak teragak-agak nak rotan kalau kerja sekolah tak siap.Tak bagi chance punya. Dan masa nak exam aku ajak mereka ulang kaji. Dan aku pun ulang kaji juga. Sekali-sekala baca buku teks sekolah rendah syok juga. Dan masa nak hantar kesekolah hari exam..peluk la anak-anak sekadar bagi semangat kepada mereka. Itu saja tipsnya. Dan sudah tentu kita akan berdoa untuk mereka kan.
Jadi..sindrom menyalahkan cikgu aku rasa tidak patut berlaku. Kita sebagai ibu-bapa mesti tahu setakat mana kemampuan anak kita.Jangan bila melihat anak orang lain mendapat 5A kita juga mahu anak kita mendapat 5A dan memaksa anak kita yang mana itu di luar kemampuan anak kita. Setiap insan ada kelebihan dan kekurangan. Kita yang dekat dengan anak-anak kita. Jadi kenapa kita tidak berusaha lebih jika nak anak kita menjadi yang terbaik. Jangan serah 100% kepada cikgu di sekolah untuk mendidik anak kita. Tepuk dada tanya lah diri sendiri...

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers