Friday 12 November 2010

Redhalah dengan ujian dari NYA

Nasib kita tak sama. Ada yang lebih ada yang kurang. Ada yang kaya dan ada yang sederhana juga ada setengah yang melarat.

Kisah hari ini:

Kisah x-officemate aku KY. Dia disahkan ada kena brain cancer dah stage 3. BRAIN CANCER stage 3. Perasaan aku cukup sedih. Masa aku berbual dgn dia by phone menangis aku. Tapi dia sungguh rileks masa bercerita tu. Betapa tabahnya dia. Berdepan dengan penyakit yang memang semua orang tahu tiada penawar. Hanya MAUT saja yang menamatkan penderitaan. Tapi kita harus ingat bahawa ajal maut kuasa Allah. Selagi belum tiba masa, selagi itulah kita akan terus bernafas.KY sebenarnya orang yang lasak.Aktif. Dia ada lesen scuba lagi. Sekarang dia terlantar kesakitan. Dia bercerita: masa mula dia tahu dia kena brain cancer ni memang dia tak boleh nak terima hakikat tersebut. Kerana dia cukup yakin yang dia sihat. Tapi sudah kehendak Allah bukan, DIA yang MAHA mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Dan sebagai hamba kita harus redha bukan mengeluh. KY sedih sebab dia tak boleh aktif macam dulu, tak boleh urus keluarga kecil dia. Namun..akhirnya dia redha dan pasrah. Dia lebih banyak mendekatkan diri dengan Allah. Dan bersedia menghadapi segala kemungkinan yang tiba. Selepas raya haji ni (aku tak pasti tarikhnya) dia akan check-in di hospital lagi. Kali ni kepalanya akan di tebuk (lebih kurang begitulah yang dia terangkan pada aku). Aku doakan yang terbaik untuk KY. Kepada yang membaca blog aku tolong doakan yang terbaik untuk sahabat aku Puan Aziyan bt Jaafar a.k.a Kak Yan. Terima kasih.

Kisah 2:

Ros junior aku di sekolah. Kahwin dengan Riz classmate aku. Di kurniakan sepasang cahaya mata. Aku agak rapat dengan Ros..tambahan pulak kami pernah masuk asrama. Jadi aku yang garang ni kiranya macam "warden" dia la. Ros orang nya cantik, tinggi lampai,lemah lembut dan hitam manis. Aku tidak tahu bila masa Ros dan Riz menjalin kasih..sebab masa zaman sekolah dulu Riz di gossipkan dengan budak kelas Ros. Cinta itu buta kan.Sudah di tetapkan jodoh Ros dengan Riz.
Riz pernah kemalangan. Koma beberapa hari. Akibat dari accident tu doktor berpesan jangan biarkan Riz dalam keadaan tertekan. Satu hari entah apa sebab, Riz membelasah Ros sehingga lembik. Yang menjadi saksi ialah anak-anak mereka sendiri. Sehingga kehari ini anak-anak Ros masih dalam trauma. Kesian. Ros di bawa ke hospital oleh polis dalam keadaan tidak sedarkan diri. Masa kejadian Riz tidak bekerja. Selama ni pun semua perbelanjaan di tanggung oleh Ros. Ros memang tertekan tapi tak berani nak memberontak kerana tinggal dengan mertua. Kesian Ros. Kini Ros dah bercerai dengan Riz. Tapi Riz tak pernah hulur nafkah untuk anak-anaknya. Anak Ros yang no 2 disahkan berpenyakit jantung berlubang. Yang sulung asma. Lagi berganda beban yang Ros perlu tanggung. Cerita Ros, Riz pernah hulur RM500 tapi seminggu lepas tu Riz buat laporan polis yang Ros curi duit dia. Ros pulangkan balik duit tu. Riz menerima insurans accident RM48K..tapi sesen pun Ros dan anak-anak tak merasa. Riz dah habiskan duit tu. Berpoya-poya dengan kawan-kawan dia. Sedikit info: Riz rupanya selama ini menagih ganja, syabu..Aku kata eloklah Ros tidak bersama dengan Riz..kalau tidak lagi menambah beban.
Ros sebelum ni menyepikan diri dari kawan-kawan. Membawa hati. Dia malu sebenarnya dengan nasibnya yang tidak sebaik kawan-kawan yang lain. Tapi Ros tidak tahu dia ada kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat. Baru-baru ni saja Ros berani muncul ..atas desakan kawan-kawan Ros dah ada account FB. Dan aku berjumpa dengan dia pun melalui FB. Ros bertekad untuk mulakan hidup baru dengan anak-anaknya. Itu yang terbaik untuk Ros. Tapi dalam hati sebenarnya Ros masih takut dengan RIZ...
Aku harap Ros akan terus tabah menghadapi dugaan ini. Langit tidak selalunya mendung..pasti akan muncul pelangi yang indah.

Buat Riz: Aku berdoa agar dia berubah menjadi ayah dan anak yang bertanggung-jawab.

Trivia: Satu kebetulan nama kedua-dua mereka bermula dengan huruf R dan bapa mereka bernama Ismail....

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers