Saturday, 13 November 2010

Nostalgia tahun 90an

Aku bukan dilahirkan atas dulang emas. Celik-celik mata dah senang. Dah mewah. Aku hidup dari zaman aku tak kenal ABC sampai dah beranak 5 ni dalam keadaan sederhana. Cuma sekarang ni aku kaya la sikit. Kaya anak..anak ramai 5 ok. Bila jumpa skoolmate dulu mesti depa tanya anak aku dah berapa dan dengan bangga aku bagi tau yang aku ada 5 orang anak. Kaya tak aku???. Itu rezeki Allah. Alhamdulillah.

Aku tinggal dengan arwah Tok aku yang aku panggil Mak. Dia yang besarkan aku, yang sekolahkan aku, yang didik aku dan yang selalu marah aku. Dulu aku marah bila aku kena marah tapi aku bersyukur sebab dia marah aku..kalau dia tak marah aku tentu aku tak jadi orang. Arwah Tok aku garang. Tapi aku pun satu. Nakal. Apa yang dia tak bagi aku buat aku buat. Lepas tu saheh aku kena lepuk. Bila aku kena lepuk mula aku ingat nak lari dari rumah.
Aku ingat lagi satu hari aku kena marah dengan arwah Tok aku. Sedih ooo. Tak der sapa nak pujuk aku. Jadi aku pun tekad nak lari dari rumah. Aku packing kain baju 2/3 helai masukkan dalam beg plastik ajinomoto(dulu bag ni famous. Kalau time periksa bawa beg ni pi sekolah kira dah hebat la tu). Aku pun memulakan perjalanan aku. Tahu aku lari kemana?? Hahaha lari ke bukit belakang rumah aku jer. Tak pula aku rasa takut. Kat bukit tu banyak pokok buah kayu macam petai, buah stey, langsat, asam gelugur. Pokok kopi dan koko pun ada. Kalau time buah kopi masak aku lah peneman arwah Tok aku kutip kopi. Sampai berbirat badan aku nyamuk hutan gigit. Jahat punya nyamuk. Hah berbalik cerita aku lari dari rumah tu. Aku panjat pokok buah jentik (kalau nak makan buah tu kena jentik maka nampak la isinya yang kaler oren tu). Nak ke pokok jentik tu kena panjat bukit sikit la. Berani betoi aku masa tu. Adala lutong dan kera yang dok usha aku. Mungkin pelik tiba-tiba alien masuk kampung depa.
Aku panjat pokok tu lepak kat atas ranting. Sayang time tu buah jentik tu belum ranum kalau tak mau aku cirit buah jentik jer. Dalam hati tu aku berangan balik kejap lagi aku nak balik rumah, ambil ubat nyamuk, bantal, tikar dan selimut. Konon aku nak bermalam kat situ lah. Eceh dah lari dari rumah nak patah balik ambik tikar bantal pulak. Lawak-lawak. Nak buat ungun api macam dalam cerita pengakap yang aku baca dalam buku. Buku tu pinjam kat library sekolah. Semangat aku. Sambil tangan dok tergaru-garu sebab kena gigit dengan nyamuk aku rancak berangan. Dalam hati mesti Tok aku tercari-cari aku bila malam aku tak der kat rumah. Tu lah marah aku lagi. Owhh jahat sungguh aku.
Di pendekkan cerita aku pun balik rumah la. Nak ambil ubat nyamuk, tikar bantal dan selimut. Balik terhendap-hendap sambil tangan menjinjing beg ajinomoto. Sekali Tok aku ada depan pintu rumah la pulak. Aku sorok beg ajinomoto tu .
" Casper....hang tak makan nasi lagi kan" Tetiba Tok aku sound.
"Dak lagi.." Aku pantas menjawab. Memang aku tak makan nasi lagi pun. Terus perut aku rasa lapar.
"Ha naik makan nasi.." Aku tanpa di pelawa kali ke 2 terus celapak naik kerumah. Buka tudung dan owh ada lauk kegemaran aku sambal lengkuas. Tak ingat berapa kali aku tambah nasi. Dan dengan rasa rendah diri aku terus cancel niat nak lari dari rumah. Sebab lepas makan aku langsung tidur. Macam ular sawa yang kenyang.

1 comment:

kak ja said...

Cas, sambal lengkuas tu yg mcmana? kja tak penah mamam atau tgok..

Blog Widget by LinkWithin