Tuesday, 16 November 2010

Syukur Alhamdulillah...

14/11 hari lahir Danish yang ke 3. Dah besar dah budak kecik sorang tu. Akai dia banyak sungguh. Dan dia cukup kedekut. Ikut sapa entahlah.
Kami tak buat apa-apa sambutan. Memandangkan saya kerja .En.Atan lagi lah sibuk. Tapi saya ada beli sebiji kek. Saja buat suprise dekat dia. Dia melompat seronok sebab ada lilin atas kek tu. Yang tu saja. Biasa lah apa yang budak 3 tahun paham pasai "beday yu yu tang tang".

Dan pada hari tu juga merupakan hari yang istimewa. Istimewa bagi kami sekeluarga. Ini kronologinya (macam la suspen bangat)

Aku kat office macam biasalah. Buat kerja yang kadang-kadang ada dan kadang-kadang aku goyang ibu jari kaki. Waktu tu dah hampir pukul 5 ptg dah. Tiba-tiba aku nampak En.Atan ada kat luar office. Dia kalau tak ada hal yang penting dan kalau dia tak hantar makanan kat aku dia tak akan datang office aku. Aku keluar jumpa dia. Muka dia monyok. Kata En.Atan :-

"Jangan terkejut..abah dah kena terminate" Pakai la aku tak terkejut bila dia bagi tau macam tu. Rasa nya muka aku toreh pun tak berdarah dah. Terus terbayang muka anak-anak aku.
"Pasai apa pulak" Dia hanya angkat bahu bila aku tanya. Adoiii apa lah nasib.
"Baca ja la surat ni" Dia bagi surat kat aku. Aku pun dengan rakus buka dan baca dannnnnnnnnnnn...............................mujoq kat luar tu ramai orang kalau tidak sah-sah aku lambung-lambung En.Atan.

Hari lahir Danish memang membawa cahaya rezeki pada kami. En.Atan di promote menjadi Executive Sous Chef. Bila dah up level ...gaji naik la sikit. Syukur Alhamdulillah. DIA mendengar doa kami. Setelah apa yang kami lalui sebelum ni, akhirnya ada pelangi indah untuk kami.

" Tahniah...buat suspen jer" Tu ja yang aku mampu kata kat dia. Maklum lah suami yang naik pangkat aku yang over. Ohh he's my husband kan..so aku ada hak perrr.
"Saja jer...(sambil gelak plak tu sebab berjaya mensuspenkan aku) dapat ja surat ni terus teringat nak tunjuk kat ibu" Oh terima kasih my En.Atan. Kata En.Atan lagi, bila dia menerima promotion ni bermakna lagi besar tanggungjawab dia. Bermakna lagi kurang masa dia dengan kami. Ya kalau dulu aku tak boleh nak terima dengan situasi macam ni. Masa dia lebih banyak kat tempat kerja dari rumah. Tapi lama-kelamaan aku dah redha. Huhuhu memang penat bila kita yang banyak menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Tapi bila tu dah jadi sumber rezeki kami jadi takkan aku nak melompat marah?.Untuk keharmonian rumah tangga juga kena ada sikap tolak ansur. Tapi kalau dia off aku lah yang paling gumbira sebab semua ku serahkan pada dia. Hahahahahaha ambik kesempatan sungguh.

Syukur alhamdulillah.

3 comments:

PUTUBAMBU said...

bestnya..! tahniah..tahniah..

tapi mmg le..
dah lumrah gitu
lagi besar pangkat..lagi besar le responsibilitinya...

bini ke paham le yek? hehehe

My Life My World said...

Alhamdullilah, Syukur ... tumpang bahagia :)

Madam Casper said...

Putu:
terima kasih. Betoi2...bini ni kena la paham walaupun kadang2 buat2 tak paham her her her. Harap2 en.atan mampu la melaksana t/jawab yg di beri.

acik,
Alhamdulillah rezeki anak2.

Blog Widget by LinkWithin