Monday 8 November 2010

Isnin yang cool...

Hari ni 8/11/2010. Cool. Aku bangun macam biasa jam 630 am. Putar kain..dan buat apa yang patut. Mata macam dah di set, tepat 630am mesti terbuka. Anak-anak dah pun cuti sekolah. Jadi tak de apa yang perlu aku kejar. Macam hari-hari yang sebelum ni, hari ni pun aku bangun buat kerja rumah, menyapu, putar kain, kemas dapur=====> semua kerja ni di buat dalam masa yang sama. Sambil putar kain, sapu sampah. Macam tu lah. Bila dah jadi isteri, ibu dan pekerja kena pandai2 la bahagi masa. Tiap hari aku masak. Nak tinggal kat anak dua orang yang dok kat rumah. Yang ber tiga tu hantar ke Taska. Masak pun simple-simple jer. Nasi, ayam kicap, sambal ker. Itu jer. Janji anak-anak kenyang perut.
Tapi hari ni tidak la kelam-kabut. Breakfast dan lunch pun aku tak buat. Tanya En.Atan dia kata dia off day hari ni. Jadi..aku serahkan tugas tu kepada dia dengan segala hormatnya. Hahahaha. Hari ni 815 aku dah bertolak ke office. Senangkan? Kalau tidak...lima minit pukul 9am baru aku nak bergerak. Itu pun nasibla office dekat dan pulau ni tak de jammed. Tapi bila traffic lite lambat bertukar ke hijau pun aku dah resah. Kalau setiap hari macam ni kan bagus?? Tak la aku asyik semput.
Ini ada sedikit tips bagi ibu-ibu yang berkerja dan ada anak ramai macam aku. Bukan tips sebenarnya tapi ini apa yang aku buat dan praktikkan . Tapi tetap kelam-kabut juga kadang2.

1. Baju sekolah anak iron siap2 untuk seminggu. Senang tak payah nak terkocoh-kacah dah.
2. Baju kerja pun sama juga. Iron untuk seminggu.
3. Potong sayur, ayam, bawang, cabai siap2. Masukkan dalam ice-box. Senang esok pagi nak bangun masak. Ini beli stock untk seminggu. Potong apa yang patut. Balik kerja pun dah tak kalut nak buat semua. Masak jer.
4. Kemas rumah siap-siap malam tu sebelum tidur. Pinggan mangkuk kena clear..jangan melunggok dalam sink.
5. Baju kotor basuh hari-hari. Aku basuh hari-hari..lipat seminggu sekali.
6. Masa nak mandi tu sambil-sambil kemas bilik air dan toilet.
7. Baju anak nak ke taska siapkan awal. Esok pagi tak terkocoh dah.
8. Ikat sampah nak buang dalam plastik. Esok on d way nak ke tempat kerja dah boleh buang.
9. Balik kerja tu jangan terus lepak,kalo tak mmg flat tak bangun la. Ini base on my experience daa. Balik kerja terus mandi, buat apa yang perlu cnth: masak untk dinner.

Itu sajalah yang aku dok praktikkan selama ni. Tapi bab masak tu kadang2 aku beli roti canai dan nasi lemak jer. Bergantung apa yang anak-anak request. En.Atan dia makan kat tempat kerja jadi kalau masak pun untuk kami jer la. Balik kerja dia tak makan dah, dia cuma minum dan Zzzzzzzzzz.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers