Saturday, 6 November 2010

Kesian Danish.

Semalam lepas balik jumpa mak dan pak angkat aku tu, anak-anak aku dapat la 5 hinggit sorang. Semua pakat happy. Standard la budak-budak kan. Sampai kat rumah Bang Chik dan Danish turun dulu, aku , mek tet, abang dan Muad'z masih dalam kereta. Bang Chik rupanya tak terus naik atas rumah...pi merayap kat taman mainan dulu. Elok kami dah sampai kat atas, Bang Chik pun naik dan Danish dok bising sorang-sorang kat bawah. Kami pi tengok dia dan tahu apa dah jadi??? Kutu berahakjahatnakmampus dah curi duit Danish. Ada budak nampak. Danish pegang note 5 hinggit tu..sambil dok bunyi nak beli ice teyem..tiba-tiba kutu berahakjahatnakmampus tu mai sambar duit tu. Abang dan Bang Chik cari kutu berahakjahatnakmampus tu tak jumpa dah. Aku kesian kat Danish. Aku mulanya memang ambil simpan duit tu, tapi Danish menangis bagai nak rak. Aku bagi la balik, ingat balik nanti aku nak ambik duit tu simpan. Sekali jadi macam tu. Memang tak de rezeki Danish.

Tapi aku ralat dengan kejadian tu. Betoi kata seorang teman merangkap kakak ..masa kami chatting kat FB dan aku cerita pasal kes ni. Dia kata kalo dok umah burung merpati ni memang masalah sosial cukup menjadi. Memang betul. Aku dah bunyi-bunyi pada En.Atan nak cari rumah lain. Dan InsyaAllah tunggu tahun depanlah bila semua dah ok. Bagi pihak Danish aku tak halalkan kutu berahakjahatnakmampus tu curi duit Danish.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin