Thursday 9 December 2010

Masuk hospital la pulak

7/12/2010: Muka Danish kan start bengkak hari tu. Aku bagi ubat demam kat dia. Pagi tu aku agak busy. Wah busy tu. Aku ada hal , pi jumpa kawan kat Harbour Park. Aku bawa la budak 4 orang tu, Muad'z jer hantar ke baby sitter. Danish aku tengok menggagahkan diri dia. Muka dia merah, bengkak. Aku masih beranggapan yang tu kesan jahitan kat kepala dia. Balik rumah, kami semua tidur. Lepas maghrib Danish menangis. Dia mengadu sakit. Aku pun dah rasa tak sedap hati. Bengkak dia lain macam. Aku SMS En.Atan ajak dia ke hospital. Danish dok merengek ja mana tahan dengar kan. Kesian sangat tengok dia masa tu. Dengan tempat luka tu membengkak. Serius!!! ngeri aku tengok.
Kami bawa dia ke hospital. Lepas jumpa Doktor..pong pang pong pang Danish kena masuk wad. Ok aku keluar bagi tau En.Atan. Discuss kat situ juga. Ya lah En.Atan busy, susah nak tinggal dapur dia. Kena fikir Muad'z yang tak pernah berenggang dengan aku, yang malam-malam breast feeding lagi. Dengan budak besar yang 3 orang lagi. Keputusan!! aku teman kan Danish (memang wajib pun kan?) .Muad'z malam tu kena minum susu botol la. Aku tetap bimbang dengan Muad'z sebab aku tau dia kurang dengan susu botol ni. Pi rumah baby sitter pun tak banyak dia minum. Tapi redha ja lah. Kalau aku boleh bawa Muad'z sekali kan bagus? Tapi peraturan hospitak tak boleh lain lah kalau hospital swasta kan? Satu family boleh tidoq.

Ok berbalik kepada cerita Danish. Doktor bagi tau dia kena Frontal Cellulitius =====> aku tak paham makna dan tak tau langsung apa kebendanya. Masa pagi Rabu 8/12/10 doktor datang check aku tanya apa maknanya, ni yang aku paham bila di explain Jangkitan kuman di atas kulit. Doktor syak dia kena jangkitan kuman sebab luka dia dah bernanah kan. Sebab tu muka dia bengkak. Aku ingatkan remeh ja muka dia bengkak tapi sebaliknya??Oh kepada semua ibu-ibu jangan sesekali ambik mudah bila ada yang tak kena dengan anak kita. Kita anggap benda tu kecik ja tapi kadang2 yang kecik tu sebenarnya lagi bahaya.

Pagi tu jahitan luka tu di buka balik. Aku lari jauh tak nak dengar suara Danish meraung. Hati tersayat, tapi aku sedar tu untuk kebaikan dia juga. Kesian Danish. Luka Danish tu dimasukkan kapas jer. Dan dahi dia akan berparut lah lepas ni. Ingat lagi aku ada cerita yang kepala dia naik kudis? Kudis buta. Sebenarnya bukan kudis buta. Dia memang kena infection. Masa kat hospital setiap 6 jam antibiotik akan di beri jadi kudis-kudis atas kepala dia pun dah kering. 2 kali darah Danish di ambil dan urine test sekali. 27/12/10 ni Danish kena pi jumpa doktor pakar lagi. Time tu aku nak tanya keputusan blood test dan urine test tu. Aku harap semuanya ok. .


noted: tak boleh nak upload gambar pulak. Nanti kalau dah ok aku upload yer

2 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

siannya danish, aduhh..akak tak suka baca entry macam ni sebenarnya buat dada akak berdebar2 aje ngerikan. Tapi sebagai mahu dengan tidak kita kena harungi sebab anak2, akak tabiklah dgn ibu yang jaga anak ramai2, akak anak seorang ni pun dah kecoh..he he

Madam Casper said...

Kak Yati
Kena ulang alik pi cuci luka dia la. Kan dia org cuma sumbat kapas jer. Hari ni bawa dia pi cuci saya bg En.Atan masuk. Tak sanggup dah nak dengar dia meraung. Kesian. Memang penat kak..hati kena kuat, kena sabar betul2 kalau tak hari2 ada yg kena pukul hahahaha. Sementara nak cerdik macam Luqman tu memang kena sabar betoi la

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers