Thursday, 10 March 2011

baik-baik sayang by wali with lyrics



Dalam hp aku ada macam-macam jenis lagu. Dari orang putih, melayu, Indo sampai lah ke Maher Zain. Tapi jarang aku nak dengar lagu-lagu tu. Ring tone hp aku pun tetap macam yang mula-mula aku beli. Tak dak napsu aku nak tukar ring tone ke lagu-lagu lain. Hp tu pun aku godek tak habis. Bagi aku cukup lah hp tu aku boleh buat call in & out dan sms out dan baca sms...hehehehhe boleh cam tu??
Ok sebut bab muzik nih. Aku juga bukan nya kaki dengar lagu. Tapi ada juga la lagu-lagu yang aku suka macam Nothing gonna change my luv for u, unchained melody..senang citer lagu2 oldies la. Radio pun aku jarang dengar. Tapi aku dengar Sinar FM tu pun masa segmen ada Abang Jem, KE dan Krill habis segmen tu mati la radio keta tu. Dalam kereta pun aku jarang buka radio sbb bising hahahahaha.

Tapi lain cerita dengan Danish. Setiap hari kan dia travel dengan aku pagi dan petang. Masa pagi mood dia kelaut lagii. Time balik mood dia memang mencanak naik. Jadi start dari rumah baby sitter tu aku dah kena standby HP aku dengan lagu Waliband =Baik-baik sayang=. All the way dia akan ulang lagu tu sambil dia ikut menyanyi dengan lirik lintang pukang dia, Entah apa yang dia suka dengan lagu tu aku pun x tau.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin