Friday 1 April 2011

Karaoke!!!

Kisah semalam. Lepas pi Billion beli barang dapur tengok jam dah pukul 1040. Billion tutup pukul 1030 yer dan aku kalau nak pi ngam-ngam sampai pukul 10. Haha bukan apa kalo pi lewat tu kan mana sempat nak membelek barang lain sah-sah ambik barang ikut dalam list jer.

Lepas tu pi la ambik EA. Lepas tu dia ajak singgah kat tempat Karaoke ni. Staff dia dah tercongok situ. Sebenarnya dah banyak kali staff dia dok ajak ke situ tapi kami tak singgah pun. Semalam dia ajak singgah. Lepas singgah tu sila lah tengok gambar di bawah. Abang, Bang Chik dan Kakak pun pulun menyanyi. Lagu dah tentulah dari Wali Band...dan serius aku terkejut semalam bila depa menyanyi. Aku tak bangga tapi tak happy. Tapi ok lah, depa baru habis exam kira kasi chance release tension lah.



Bang Chik tunjuk bakat
Kakak pun sama la

EA pun pulun jugak
Tu anak dara tu..memula bertudung lepas tu dia buka lepas tu dia kena marah dengan abang hahahaha lepas tu dia sentap

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers