Thursday 5 May 2011

Dah jadi abu!!!

Summer Palace semasa tengah top. Cantikkan?
Dah jadi abu dah




Korang ingat tak cerita The King & I? Lead by Jodie Foster, Chow Yuen Fatt terselit juga pelakon dari Malaysia macam Afdlin Shauki, Mano Maniam (kalo x silap) Syed Alwi pun ada dan Deanna Yusuf. Anak GM aku pun berlakon juga jadi anak Raja Siam tu. Chow Yuen Fatt bawa watak Raja Mongkut kan? Ohh aku dah lupa sejarah. Masa penggambaran filem tu tahun 1999. Crew filem buat istana musim panas untuk Raja Siam tu. Aku ingat lagi sepanjang jalan tu kaw-kaw punya depa kawai. Takut la sangat orang serbu Jodie Foster dan CWF tu. Tapi aku ada juga ternampak si Jodie ni masa dok shooting. Habis dah situ main-road nak qedah kot mana. Tapi tak ada lah fanatik nak pi serbu intai depa. Sebab ada aku kesah hatta dia pelakon Hollywood ka Hong Kong ka...lain la kalau Prince William hahahahaha. Tapi bila William rambut dah ala-ala Charles aku dah tak kemaruk dah. Tapi kalo Colin Firth mai yess aku mungkin pengsan o.ooo1 saat hahaha. Korang tengok macam mana gaya Colin Firth tutur dialog?? Part tu jer aku dah angau opsssss cerita dah melalut. Nak cerita pasal Summer Palace ni jer.

Ok lepas shooting adalah PBT yang ambil alih tempat ni. Di jadikan sebagai objek dan subjek produk pelancongan. Nak masuk tengok bekas tempat shooting dan prop2 palesu tu pun kena bayar hahahahaha. Lepas tu ada pulak pihak lain ambik alih buka Thai Restaurant. Last sekali Summer Palace tu dah di abandon kan pun. Dah buruk, reput lusuh...dan akhirnya last 2 weeks dah terbakar pun. Punca kebakaran adalah tidak di ketahui. Tengok gambar di atas tu masih berasap lagi..panas..Tapi oklah mampu bertahan untuk tempoh 12 tahun.

1 comment:

Ctnurkhijah said...

dah terbakar?? tak tau crita pun.

ct tak penah masuk sini tapi ada sekali dua p kat rumah api tu ja...

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers