Wednesday 28 December 2011

Danish Firdaus

Sekarang dia masih di HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH. Gambar esok akan di letak di sini. Tak tau bila dia boleh discharge. Fizikalnya dia memang sihat, aktif, lasak macam tu juga.Tapi dia kena dok situ sebab mata dia tu ter"cucuk" dengan batang raket badminton plastik. Kejadian berlaku pada hari Jumaat. Sesuatu tu kalau nak jadi memang cepat jer kan. Jangan tanya macam mana kejadian tu berlaku, sebab aku dalam bilik air yang lain dalam bilik. Dia main dengan Bang Chik. Menurut cerita bang chik raket tu tercabut, terkena mata DANISH. Mata dia tak la berdarah berjuraiiii cuma anak mata hitam dia tu ja yang berlaku pendarahan. Kalau di tengok masa mula kena tu memang merah mata hitam dia. 
Sampai kat hospital langkawi..Doktor dah bagi tau kena refer ke HSB sebab kat sini tak ada pakar. Pong Pang pong pang Doktor bercakap dengan pihak HSB malam tu. Keputusannya malam tu dia kena warded semalam kat HL sebab esok pagi jam 7 dah kena naik feri untuk ke HSB. En.Atan yang menjaga dia malam tu dan En.Atan juga yang ke HSB dan stay dengan dia sampai ke hari ni. Bukan aku tak nak pergi tapi aku dah sarat 34 minggu. Memang tak lalu nak naik feri semua tu. Lagi pun kami ada lagi 4 orang anak yang perlu di jaga. Doktor di HL bagi tau kemungkinan nak kena buat minor operation sebab nak buang darah dalam mata hitam tu, tapi sampai di HSB doktor sana bagi tau tak perlu. Lega dengar. Cuma dia orang monitor dia, every 2 hrs titik ubat. Dia dinasihatkan supaya jangan bergerak sebab tak mau darah tu masuk balik dalam mata hitam dia. Tapi budak umur 4 tahun tu yang memang lasak mana tau dok diam. Setiap hari dia kena buat latihan mata kenal bentuk2. Sebab masa kena tu dia mmg tak nampak dan tak tunjuk reaksi bila di suluh dengan cahaya lampu. Darah aku naik bila doktor di HL bagi tau kemungkinan dia akan buta...choiiiiiiiiiiiiiiii. 
Danish enjoy jer dok HSB..satu wad dah kenal dia. Mau tak dia mulut macam murai. Kami kat sini yang rindukan dia. Tengok botol susu dia pun dah boleh buat menangis. Dah la dia pi HSB tak bawa botol susu. Tengok baju dia pun menangis. Muad'z pun menangis sebab rindu kat ateh dan abah. Rindu sampai demam. 
Get well soon Danish dan balik kerumah cepat-cepat...We luv u & miss u :)

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers