Monday, 5 December 2011

Week 31: Another day... another ounce

http://pregnancy.baby-gaga.com/calendar/week31 pakat -pakat la baca .

Yer aku dah pun 31 minggu..next week dah 32 bermakna 8 bulan..Ya Allah berdebar takut semua ada. Memikirkan labor room punya pintu pun dah jadi macam trauma. Mula-mula aku plan nak c-sect ja tapi memikirkan masalah-masalah sampingan tu x jadik lah. Time tu anak-anak dah bersekolah, jadi malas nak bagi depa ponteng awai-awai tahun. Tambah Bang Chik terpilih jadi pengawas sekolah. Lagipun jarak hospital dengan rumah MILaku tu agak jauh. Kesian pulak en.Atan nak ulang-alik dengan Muadz dan Bang Teh. Maka kita bersalin kat hospital Langkawi jer ler. Made in Langkawi dan beranak pun kat Langkawi jer ler. Miahahahahaha. Jangan tanya aku baby boy ka girl sebab tak nampak masa buat ultrasound tu. Tunggu 12/12 ni aku pi jumpa doktor lain kot-kot dia nak tunjuk. Janji semua selamat itu dah cukup. Tapi naluri aku tetap kata lelaki sebab masa aku pi beli baju baby tu aku pilih biru jer keh keh keh . Opss aku baru beli baju sepasang, tuala dan mitten dan booties. Tu jer sebab aku jadik blurr dan letih. Nanti lah aku pi lain. La ni buat kerja 5 minit rehat mau 2 jam. Kaki rasa macam x larat nak angkat..pinggang tu sah2 la asyik sakit. Redha dan sabaq ja la...

No comments:

Blog Widget by LinkWithin