Friday, 13 April 2012

Kerja gila kot

Semalam balik opis dah lewat sebab aku singgah beli barang nak masak. Cadang nak buat koaytiew goreng jer dab mee sanggul untuk breakfast esok. Ok aku balik rumah terus masuk bilik sebab nak tidurkan Che Nah. Bila dia zzzzz baru senang nak buat kerja. Jadi aku tak tengok keadaan dapur langsung. Bila aku masuk jer part dapoq mak aihhhh angin puting beliung terus melanda. Ko pikir sapa tak hangen bila dalam sink tu penuh dengan bekas makanan. Padahal semalam aku baru ja beli plastik sampah segulung. Dalam bilik air lagi lah kain baju bersepuk. Pantang betoii aku. Bukannya aku nak rumah berkilat tapi cukuplah sekadar rumah tu berkemas. Balik kerja letih-letih tak lah bertambah stress tengok rumah berkecamuk.Semalam memang mencabar kesabaran aku betoi la. Last aku pack baju-baju dan keluar pi lepak kat motel dekat dengan rumah aku. Alah aku pernah kerja kat motel tu maka dapat la staff rate. Kalau aku terus stay rasanya tungging terbalik rumah tu aku buat. Plus tak nak aku sakitkan budak bertiga tu. Biasalah time marah setan kan suka. Mulut ni beristighfar tak berhenti. Aku, Danish, Muad'z dan Che Nah melepak kat motel. Pukul 11 En.Atan balik kerja terus singgah. Lepas tu dia balik jemput budak bertiga tu. Time tu marah aku pun dah surut. Cuma aku tak lah bercakap dengan depa. Before tu bertalu-talu sms abang masuk...hak3x. Di fikirkan ishhhh teruk betoi aku. Tapi tu lah tu the best way aku nak cool kan diri aku. So..kami tidur kat motel lah semalam. Best jugak sekali-sekala. Macam kami bercuti pulak dan kata En.Atan next month kita pi tidur kat Chenang pulak. Wallahhh best. Ada faedah jugak kerja gila ni hahaha

 Budak berdua ni kusyuk tengok Ultraman dalam youtube maklum la line lajuuuuuuuuuuuuu
besttt

No comments:

Blog Widget by LinkWithin