Friday, 29 June 2012

Tak jadi pindah

Rasanya tak jadi pindah rumah. Ok memang confirm tak jadi pindah. Tak tau la apa yang En.Atan bagi tau owner rumah tu. Pagi yang sepatutnya kami ambik kunci rumah tu dia tanya aku sekali lagi.Sebab aku tak bersedia pun nak pindah. Masih rileks tak kemas barang. Aku luahkan (cerrr luahkan tu) apa pendapat aku. Kawasan rumah tu jauh. Jauh dari sekolah anak aku yang pentingnya. Pengangkutan utama ialah MZ Mosquito. Kalau jarak rumah sekarang dengan sekolah boleh buat 2 trip. Kalau pindah kerumah  baru tu hah mau 4 beranak sekali naik. Kalau time En.Atan bz, lagi kelam kabut. Lagi pun 3 beradik sudah baca quran. sayang la kalau nak pindah randah. Yang penting tu pasai sekolah dekat.Buat masa sekarang kami perlu bersabar dengan karenah orang-orang tertentu. Terutama anak jiran 1st floor yang sudah tua bangka. Depan aku pun cari pasal dengan si Kakak. Entah aku tak tau dari celah mana dia orang ni muncul. Yer kau senior la sebab kau tinggal kat sini lama.Tapi please tolong hormat orang lain sama. Yang si adik entah secara sengaja atau tidak tercucuh api rokok atas hidung Danish.Padahal time tu baru 2 hari Danish keluar hospital pasal kes mata dia. Aku rasa macam nak pi report polis ja. Macam tu ke mentaliti orang yang sekolah tak habis? Tak lulus dan sekolah tak habis tu berbeza yer. Rasa otak berjalan turun ke kaki. 

1 comment:

mamaijat said...

...uuiissshhh...
takutnya ada jiran cam gitu yek...

Blog Widget by LinkWithin