Wednesday, 25 July 2012

4 Ramadhan

Oh hari ni anak dara kita start puasa :). Alhamdulillah dapat bertahan sampai waktu berbuka. Kan dah kata bab-bab ni serah kat abahnya untuk uruskan.
Semalam menu berbuka simple jer. En.Suami masak. Gulai ikan temenung yg terbaik. Orang lain sure kata air tangan mak yang terbaik tapi aku air tangan suami. hahaha gasaklah. Rupanya dia masak gulai letak asam keping...aku masak boh asam jawa patut tak syok. Yang lain pekasam goreng, telur dadar dan sambal goreng. Habis citer. Tapi dalam pukul 7am tu kami keluar kejap pergi cari kuih. Rasa tak syok pulak tak der kuih. Heeeee.
Puasa tahun ni Alhamdulillah tak ada rasa lapar atau dahaga. Macam biasa jer. Mungkin sebab sebelum tu dok puasa ganti kan. 

Ok lah selamat berbuka nanti yer :)

No comments:

Blog Widget by LinkWithin